Monday, October 13, 2014

Fekah


KESEMPURNAAN SOLAT
RUKUN QAULI DALAM SOLAT
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri , tak kira lelaki atau wanita.
Berbisik, tak sah.
Suara angin, tak sah.
Baca dalam hati, lagi tak sah.
Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah.
Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa?
Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja.
Yang lain rukun fi'li.
Niat rukun qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]
Katakanlah (wahai Muhammad) :
"Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu , juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja
satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110)

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers