Thursday, January 8, 2015

Azam Beristiqomah


tup tup dah menjengah tahun 2015 kan.. cepat betul masa berlalu.. anak-anak pun dah makin membesar.. daku pun makin bertambah umurnya.. 

permulaan tahun, daku berazam nak istiqomah baca doa dengan setiap perbuatan yang akan dilakukan. nak mula menghafal doa.. apa yang daku buat, google je, pastu print dan tampal kat dinding rumah. contohnya doa kat dalam gambar tu. aku tampal kat tepi tingkap. nanti hujan turun, automatik kita akan ke tingkap kan? dah alang-alang tu, baca la doa tu sekali.. sekarang dalam progress cari doa yang relevan dalam diri aku. hihi

daku juga berazam nak buat kerja rumah ikut jadual. jadual dah siap. cuma tak tampal lagi je. nak start secepat mungkin, tapi tergendala sebab zulaikha tak boleh tinggal time aku nak pegi mandi. bila tak boleh mandi on time, sume benda jadi tertangguh. aku pulak jenis nak kena buat ikut turutan. stressnya rasa.. harap esok aku boleh bangun sebelum subuh. nak start esok !!! yeayeahhhh.




No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails