Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Friday, June 19, 2015

AMBILLAH IKTIBAR DARI CERITA INI

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...
Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…
“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.
“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.
Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.
Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.
Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu mengganas lalu mematuk isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.
Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan menderita kerana demam yang panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.
Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Senyum.. ......‍‌‌‌‌‌‌‌‍‍‌๐Ÿ˜Š‌‌ ‍‌‌‌‌‌‌‌‍‍‌๐Ÿ˜Š‌‌ ‍‌‌‌‌‌‌‌‍‍‌๐Ÿ˜Š

Itu Adalah Allah

Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah ุงู„ู„ّู‡ yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).
Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

Itulah adalah ุงู„ู„ّู‡ yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).
Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa ุงู„ู„ّู‡ yang sedang menghiburmu.
Tidak ada yang namanya kebetulan
(QS 3:190-191).
Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan  tapi rasanya sulit sukar untuk kau dapatkan?
Itu adalah ุงู„ู„ّู‡ yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).
Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit sukar, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat ุงู„ู„ّู‡ mengizinkan kau untuk diuji, Dan ุงู„ู„ّู‡ ingin mendengar rintihan serta do’amu agar kau menyedari akan kewujudan-NYA….
Karena DIA tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan
(QS 47:31, 32:21).
Jika kau peka, akan sering kau sedari bahwa KASIH dan KUASA ุงู„ู„ّู‡ selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.
Apakah kau pikir tulisan ini hanya saja- saja terkirim padamu?
Tidak!!!
Sekali lagi, tidak!
TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
Sekali lagi,
TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA…, dengarkan suara-NYA yang berkata: “Jangan khuatir..
AKU di sini bersamamu.”
(QS 2:214, 2:186).
Ilmu yg harus dikongsi bersama...

Jangan Tarik Pahala Saya

"Awak..๐Ÿ˜ณ mari duduk depan saya"
.
"Kenapa?"
.
"Awk,saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana bila awk jumpa Allah. Saya mohon awk jangan tarik pahala saya..selepas saya bagi tau awk semua ni"
.
"Apa?"
.
"1-Tudung awk,dah sempurna pakai tdung. Cuma,labuhkan bahagian hadapan tu. Tutup dada. Tu yg Islam ajar
.
2-Kaki awk,pkai stoking x wajib. Tapi,yg wajib itu tutup kaki. Pakai stoking..slah satu cara nak tutup
.
Kalau awk nak pakai kasut Pau cu kang..kotak dekat kaki. Terpulanglah. Janji awk tutup
.
3-Baju awk,pkai tdung cantik dah. Labuhkan dah. Awk labuhkan juga bahagian lengan tu
.
Klau awk nak lebih selamat,awk pakai la sarung tangan
.
Besarkan baju awk. Biar nampak kolot di mata org. Tapi,tidak di mata Allah
.
4-Muka awk,Allah dah cantikkan. Jgan palsukan muka awk dgan 'cat warna-warni'
.
5-Awk,saya sygkan awk sebagai sahabat. Saya harap awk berubah penampilan
.
Awk sudah tahu kan? Mohon ubah ye awk
.
Saya x sanggup nak tengok awk dijilat api
.
Awk,ambil lighter,mancis..panaskan jari awk..awk mampu tahan ke? Tidakkan
.
Masakan awk nak mnentang kuasa Dia..azab Dia..maka ubahlah"
.
-Maafkan saya, kawan - ๐Ÿ˜”

Rahsia Berhijab

๐ŸŒนRamai wanita mengatakan yang hijab itu tidak wajib, padahal kalau kita renungkan, semua alam ini berhijab. Bulatan bumi terhijab dan tertutup oleh lapisan ozon. Buah-buahan juga tertutup oleh kulitnya. Pedang pun terlindung dalam sarungnya. Pen tanpa penutup maka dakwatnya akan kering. Makanan dan minuman tanpa tutup akan dihinggap lalat. Tidakkah kita melihat anak-anak perempuan suka menyampul buku mereka dengan sampul tidak lain kerana untuk menjaganya. Wanita adalah bunga yang indah, setiap orang berkehendak memetiknya, maka kita harus menjaganya dengan hijab. Buah epal kalau dikupas kulitnya kemudian dibiarkan begitu saja tentu akan rosak, demikian juga pisang kalau sudah dikoyak kulitnya kemudian dibiarkan akan berubah menjadi hitam.๐ŸŒน

๐Ÿ€Syeikh Dr Mohammad Al-Uraifi๐Ÿ€

Tuesday, April 28, 2015

Belajar SYUKUR daripada buah tembikai.

Salam maghrib..

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai( ada 'orang'  dia panggil timun Cina ๐Ÿ˜Š).
...
Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya..:
"Eei..tawarr". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 
Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "itu Saya taula"
Suami: " pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Herm, ok. Awak rasa Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka juga ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya:
" Ketika pemborong(aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agak2nya lah ingin menjual yang manis atau yang tawar ye?"
Isteri: "Mestilah yang manis bang"
Si suami diam sejenak.....
Kemudian dia menyambung.
" kalau awak jadi pekebun yg menanam tembikai, adakah awak mahu tembikai yang tumbuh nanti tu tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang macam mana yer... !?"
Isteri: "Mestilah saya ingin yang manis. Habis tu buat apa saya merungut,, kalau saya nak yg tawar!
Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum ^^, pada isterinya. Lalu dia berkata:
" pelikkan?? diwaktu ketika semua orang inginkan buah yang manis.. tapi sebaliknya pula yang berlaku.Buah itu tetap tawarkan! Sayang tak rasa pelik ke?" ^^,
Isteri orang soleh itu terdiam
abang nak tanya,
"Awak
Marahkan siapa sebenarnya ?
'ketika awak marah,merungut tentang rasa tembikai yang tawar td, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar , Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli?, atau penjual yang menjual atau 'awak yang membelah' atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"
......
......
......
( jangan ikutkan sangat emosi tu, jagalah lidah awak tu,  )
.___.___.___.___.
P/s : ☝
Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.
Itu ada adab yang nabi Muhammad s.a.w ajarkan kpd kita.
. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak. Kan??
๐ŸŒนSemoga bermanfaat๐ŸŒน

Saturday, April 11, 2015

kiamat

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini...
          - Kemunculan Imam Mahdi
         
          - Kemunculan Dajjal
         
          - Turunnya Nabi Isa (AS)
         
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
         
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
         
          - Pintu pengampunan akan ditutup
         
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
         
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
         
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
         
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
         
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
         
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
         
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
          Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
         
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:          
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM ..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
          Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
         
          Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
         
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..


Sibuk kejar kehidupan?

Credit utk penulis ๐Ÿ‘‡... Tak tau siapa
Assalamualaikum....
Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang i ni. Cemburu orang itu dengan orang ini.
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.
Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.
Assalamualaikum wbt.
#share kt grup, mgkin ada mnfaatnya
Bleh share kat grup anak2 murid.ank2 muda,org2 tua. anak2 sedara,kawan2 kerja.. dll
☝tolong baca smpi habis..
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..
Malaikat maut tgk kita satu hari 70 kali..


PERKARA YANG SANGAT-SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM

1. BULU KENING – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
 
2. KAKI DAN LOCENG – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah….
 
3. WANGIAN– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
  
4. DADA– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
 
5. GIGI– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
  
6. MUKA DAN LEHER – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
   
7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
  
8. TANGAN – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
  
9. MATA – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
  
10. MULUT (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk (gedik) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (lihat Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
  
11. KEMALUAN – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)  Tambahan.  Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
   
12. PAKAIAN – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.)
   
13. RAMBUT – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
KESIMPULAN:
Mohon kepada gadis-gadis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu,  solat dan ibadahmu. Kami bimbang di akhirat kelak. DIKau akan mempersoalkan. Kenapa kalian tidak menegur kami duhulu? Kami kurang ilmu agama. Dikau yang tinggi


GEMPAR AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas
sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan
kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja
bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang
Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?? 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat...


~Bersangka baik~

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...
- Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
- Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baikdariku"
- Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
- Jika bertemu dengan seorang yang  berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yangtidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
- Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
- Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Lauh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah (pengakhiran baik) atau su'ul khatimah (pengakhiran buruk).Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa.
Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri.
Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan bagaikan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat
Subhanallah......
ingatan untuk diri sendiri dan sahabat yg tak rasa diri terlalu suci' d mataMu ya Allah.

Jangan Taksub Kepada Cawan Hingga Kopi Tertumpah...

Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya, balik melawat ustaz kesayangan kami di universiti. Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya. Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia. Di tengah-tengah kerancakan, perbualan kami bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengemudi tekanan kerja dan kehidupan sehatian.

                                                                                                                                                                    Ustaz Abu Khari bingkas bangun dan pergi ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yg biasa, yg mahal, yg unik rekabentuknya – dan dia menyuruh kami untuk menghidangkannya sendiri.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        “Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Kita tahu cawan tidak akan "mengenakkan" lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada dalam situasi tertentu ia "memendamkan" apa yang kita minum.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia ini sebagai cawan - Ia cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmati kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.                                                                                                                                                                                                                                                                                               “ORANG YANG GEMBIRA DAN BAHAGIA, TIDAK MEMILIKI SEGALANYA. MEREKA CUMA MEMANFAATKAN APA YANG ADA,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Wahai anakku...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Renungkan...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sampaikan...

Thursday, January 22, 2015

Sayyidul Ayyam

assalamualaikum wbt. salam sayyidul ayyam.
jangan lupa baca Al Kahfi.
Kelebihan surah2 berikut.
SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Wednesday, November 12, 2014

Special untuk MUSLIMAH. ~


Okay, ambe nak share apa yang seorang ustaz share :

Muslimah, bentuk BELAKANG badan kalian pun boleh menggoda lelaki.
Muslimah, jangan tangkap gambar belakang badan lalu 'publish' kepada khalayak. Ada sebahagian muslimah berpendapat, tidak mengapa letak gambar belakang badan asalkan bukan wajah dan bahagian hadapan badan.
Aljawab, tubuh wanita itu adalah aurat, baik di hadapan mahupun di belakang. Bahkan bagi sebahagian orang, belakang wanita itu lebih menggoda kerana itu sunnah melarang orang lelaki berjalan dibelakang wanita dan melarang wanita berjalan dihadapan kaum lelaki serta ditengah-tengah jalan.
Ada hadith menyebut Rasulullah Salallahualaihiwassalam mengarahkan kaum wanita yang dijalanan dengan bersabda :
ุงุณْุชَุฃْุฎِุฑْู†َ ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„َูŠْุณَ ู„َูƒُู†َّ ุฃَู†ْ ุชَุญْู‚ُู‚ْู†َ ุงู„ุทَّุฑِูŠู‚َ ุนَู„َูŠْูƒُู†َّ ุจِุญَุงูَุงุชِ ุงู„ุทَّุฑِูŠู‚ِ
"Mundurlah kalian, kalian tidak berhak berjalan di tengah jalan, berjalanlah di pinggirnya.”
[Riwayat Abu Daud]
Pemikiran lelaki dan wanita tidak sama, lelaki memandang wanita sebagai pemuas nafsu dan pemberi nikmat sedang wanita memandang lelaki sebagai pelindung dan pemimpin.
Justeru wajah wanita, bahagian dada, bahagian pusat ke bawah, bahagian belakang badannya semua berpotensi mengundang godaan kepada lelaki dan imaginasi seksual yang merangsang sehingga jika lelaki gagal mengawal diri mereka maka yang menjadi mangsa adalah wanita juga.
Baginda rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :
ู…َุง ุชَุฑَูƒْุชُ ุจَุนْุฏِูŠ ูِุชْู†َุฉً ุฃَุถَุฑُّ ุนَู„َู‰ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„ِ ู…ِู†َ ุงู„ู†ِّุณَุงุกِ
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.”
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
P/s : Ambe harap kepada muslimah-muslimah diluar sana, jangan ambil ringan tang ni. Ini soal MARUAH! Alhamdulillah, ALLAH hadirkan seseorang untuk ingatkan ambe kembali dan ambe sampaikan dekat mereka di luar sana. Ambe tahu niat 'dia' tegur kita tanda caring nya dia dekat kita, bukti sayangnya 'dia' dekat muslimah-muslimah di luar sana. Manusia ni pelupa. Kadang-kadang kita ni terlepas pandang that's why lah kena saling ingat mengingati. One more, kita ni muslimah akhir zaman atau lebih kepada remaja akhir zaman. Jangan pernah tertipu dengan permainan dunia, muslimahku sayang. 
Maafkan salah silap.
Semoga ALLAH redha.
Salam sayang. 
Assalamualaikum w.b.t

Amalkanlah


Kata orang-orang bijak pandai, jika :
1.   Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   dipermudahkan urusan   -   Bacalah Al-Quran
4.   Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.   Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.   Berdukacita. -  Berdoalah
8.   Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah.

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.
Mari kita amalkan!

Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man



1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Tuesday, November 11, 2014

๐Ÿ“ฐMaklumat Untuk Kesihatan 


Anda nak tahu :

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, kerana memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen.. Apa itu karsinogen..? (Ianya suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C..! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Bagi cina.. pengemar makanan "Bah Kut Teh" (khinzir). Banyak orang cina suka makan yang ini, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan coke (minuman bersoda) atas kepingan daging itu dan tunggu sekejap, anda boleh lihat ulat mengeletek-geletek keluar dari celah isi daging tersebut. Fakta ini diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan periksa.Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi 'Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkam mengandungi bahan ini ialah V05, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain2 lagi. Shampoo Clairol's, Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya.., memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil peket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan Salutan Wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui Seorang Aktor dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS) . Beberapa tahun lalu yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah ialah dengan mengambil mee segera setiap hari. Kemudian beliau disahkan mengidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati mengidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakkan memakan mee segera boleh diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah' Kalau istilah James Bond 'Licence to kill'..!

6. Bawang Goreng segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng dan melihat terdapat banyak straw minuman yang berwarna dan tidak berwarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi di atas kesan-kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftaran, Universiti Sains Malaysia  
11800 Minden, Pulau Pinang.

Thursday, October 9, 2014

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM

KENAPA TIDAK BOLEH UPLOAD FOTO BAYI BAWAH 40 HARI DALAM FACEBOOK?

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).
“Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.
Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :
ุนَู†ْ ุงุจْู†ِ ุนَุจَّุงุณٍ ุนَู†ْ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ุงู„ْุนَูŠْู†ُ ุญَู‚ٌّ ูˆَู„َูˆْ ูƒَุงู†َ ุดَูŠْุกٌ ุณَุงุจَู‚َ ุงู„ْู‚َุฏَุฑَ ุณَุจَู‚َุชْู‡ُ ุงู„ْุนَูŠْู†ُ ูˆَุฅِุฐَุง ุงุณْุชُุบْุณِู„ْุชُู…ْ ูَุงุบْุณِู„ُูˆุง
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.”
(hadith riwayat Muslim)
ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ ู‚َุงู„َุชْ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุงุณْุชَุนِูŠุฐُูˆุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ูَุฅِู†َّ ุงู„ْุนَูŠْู†َ ุญَู‚ٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)”
(HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.
ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ ู‚َุงู„َุชْ ุฏَุฎَู„َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَุณَู…ِุนَ ุตَูˆْุชَ ุตَุจِูŠٍّ ูŠَุจْูƒِูŠ ูَู‚َุงู„َ ู…َุง ู„ِุตَุจِูŠِّูƒُู…ْ ู‡َุฐَุง ูŠَุจْูƒِูŠ ูَู‡َู„َّุง ุงุณْุชَุฑْู‚َูŠْุชُู…ْ ู„َู‡ُ ู…ِู†ْ ุงู„ْุนَูŠْู†ِ
Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?)
(Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
ุนَู†ْ ุฌَุงุจِุฑَ ุจْู†َ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฑَุฎَّุตَ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„ِุขู„ِ ุญَุฒْู…ٍ ูِูŠ ุฑُู‚ْูŠَุฉِ ุงู„ْุญَูŠَّุฉِ ูˆَู‚َุงู„َ ู„ِุฃَุณْู…َุงุกَ ุจِู†ْุชِ ุนُู…َูŠْุณٍ ู…َุง ู„ِูŠ ุฃَุฑَู‰ ุฃَุฌْุณَุงู…َ ุจَู†ِูŠ ุฃَุฎِูŠ ุถَุงุฑِุนَุฉً ุชُุตِูŠุจُู‡ُู…ْ ุงู„ْุญَุงุฌَุฉُ ู‚َุงู„َุชْ ู„َุง ูˆَู„َูƒِู†ْ ุงู„ْุนَูŠْู†ُ ุชُุณْุฑِุนُ ุฅِู„َูŠْู‡ِู…ْ ู‚َุงู„َ ุงุฑْู‚ِูŠู‡ِู…ْ
Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!
(HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.
NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes diterima yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic (kembung perut) dan hernia (angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata.
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma ingin kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :
ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุฃُู…َุงู…َุฉَ ุจْู†ِ ุณَู‡ْู„ِ ุจْู†ِ ุญُู†َูŠْูٍ ุฃَู†َّู‡ُ ู‚َุงู„َ ุฑَุฃَู‰ ุนَุงู…ِุฑُ ุจْู†ُ ุฑَุจِูŠุนَุฉَ ุณَู‡ْู„َ ุจْู†َ ุญُู†َูŠْูٍ ูŠَุบْุชَุณِู„ُ ูَู‚َุงู„َ ู…َุง ุฑَุฃَูŠْุชُ ูƒَุงู„ْูŠَูˆْู…ِ ูˆَู„َุง ุฌِู„ْุฏَ ู…ُุฎْุจَุฃَุฉٍ ูَู„ُุจِุทَ ุณَู‡ْู„ٌ ูَุฃُุชِูŠَ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุนَุงู…ِุฑًุง ูَุชَุบَูŠَّุธَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَู‚َุงู„َ ุนَู„َุงู…َ ูŠَู‚ْุชُู„ُ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฃَุฎَุงู‡ُ ุฃَู„َّุง ุจَุฑَّูƒْุชَ ุงุบْุชَุณِู„ْ ู„َู‡ُ ูَุบَุณَู„َ ุนَุงู…ِุฑٌ ูˆَุฌْู‡َู‡ُ ูˆَูŠَุฏَูŠْู‡ِ ูˆَู…ِุฑْูَู‚َูŠْู‡ِ ูˆَุฑُูƒْุจَุชَูŠْู‡ِ ูˆَุฃَุทْุฑَุงูَ ุฑِุฌْู„َูŠْู‡ِ ูˆَุฏَุงุฎِู„َุฉَ ุฅِุฒَุงุฑِู‡ِ ูِูŠ ู‚َุฏَุญٍ ุซُู…َّ ุตُุจَّ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูَุฑَุงุญَ ู…َุนَ ุงู„ู†َّุงุณِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).

Tazkirah yang Indah

   
          ..JANGAN ..      
          Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.        
                
          Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..       
             
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.      
       
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga 


Subhanallah....      
          

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.          

Amiinnn..

Kisah Adam dan Hawa


Malaikat memegang pipi wanita dan merasa asing , kemudian bertanya kepada Allah ,          ”Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?”          Allah menjawab ,          “Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau .. Di situ tersimpan air mata .. dan di situ terletak banyak beban berat ..          Malaikat bertanya ,          “Kenapa mengalirkan air mata ??          Allah menjawab ,          “Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban .. 

Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan , ketidaksenangan , pengaduan , kekecewaan , cinta , kebencian , kerinduan , kesendirian , kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya ..”          

#Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya karena senang dengan keluhan (air mata) nya” :')          

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR- 

Baru ku tahu…  Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya„ Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang rusuknya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.          

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf & wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang -cp

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers