Showing posts with label my self. Show all posts
Showing posts with label my self. Show all posts

Friday, February 22, 2019

Yang Ke Empat

permata hatiku yang ke empat, daku namakan Alisya Safiyyah, yang bermaksud dilindungi Allah dan Safiyyah itu sempena nama seorang srikandi Islam. 

anak ini, dari saat terciptanya di dalam rahimku, telah berjuang dari usia janin lagi. saat ku tahu positifnya hamil, aku tertekan. aku kecewa. aku sedih. dan aku nekad untuk tak terima kehadirannya. kenapa? shaheeda masih menyusu, adam dan zulaikha pula mula bersekolah tahun ini. kewangan pula terbeban. namun, Alisya ternyata di bawah lindungan Allah. sudah takdirnya dicipta ke dunia, melalui aku.

di usianya 24 minggu, aku dimasukkan ke hospital disebabkan hb very low. dalam darah aku ini, ada 5 darah orang lain. jantung aku berdebar, sentiasa pening. doktor keep scan, risau janin ada pendarahan dalam rahim. namun, Alisya kuat. aktif. positif. sesungguhnya beliau seorang pejuang dari alam rahim lagi.

akhirnya, aku redha. anak ini, amanah Allah untukku. ujian untukku. aku menyesal. aku bertaubat.aku solat taubat hampir setiap malam. aku khatamkan al-Quran, demi menebus kesilapanku terhadap Alisya. aku bacakan cerita Maryam, cerita Yusuf untuknya. aku menelaah isi al-Quran. aku bacakan cerita akhirat untuknya. aku cuba untuk istiqomah. semoga amalanku ini diterima oleh yang Maha Berkuasa.

ketika itu, aku sakit. bartholin cyst semakin membesar. namaun aku tetap teruskan rutin. aku tahan sakit selagi terdaya. dan ujian sakit itu berakhir bila ke hospital membuangnya. selepas 2 hari cyst dibuang, Alisya akhirnya keluar dari rahimku. di pagi jumaat, jam 4:09pagi. Allah, sungguh kesakitannya tidaklah lama, tidaklah perit.

namun, Alisya sekali perlu berjuang untuk menghadapi manusia yang rakus dengan kuasa autoritinya. Alisya dimasukkan ke nicu dengan reason presumed sepsis, gara-gara suhu badanku 39.5 celcius saat melahirkannya. aku pula perlu on antibiotik selepas bersalin. Alisya di tahan untuk 2 hari pertama, semata untuk tunggu kultur darahnya. dan resultnya tiada kuman pun. esoknya Alisya ditahan lagi, kerana bacaan kuningnya border line. 

tangannya bengkak hasil tusukan 2 jarum yang dibiarkan dari hari pertama hingga ke empat. Allah. aku yang ditusuk jarum baru sehari pun dah mengelabah sakit. inikan pula 4 hari disitu. aku dah mintak doc keluarkan since aku tak namapak kegunaannya, tapi doc refused sehinggalah Alisya discharge. hari discharge pun kena tunggu setel payment baru dorang kelaurkan branula insert itu.

sekian dulu untuk cerita ini.
gambar Alisya takde pulak dalam komputer ni. lain kali ye aku share
 

Friday, September 16, 2016

Saat Seolah Akan Meninggalkan Dunia

Allahuakbar, tak tertanggung rasanya bebanan kali ini.

Ternyata, Allah sedang mengujiku. Ujian ini cukup memberi pengajaran kepadaku. Khilafku di masa lampau memang terlampau banyak. Bagaikan pasir di pantai.

Dengan ujian ini, berkali-kali aku bertaubat kepadaMu. Berkali-kali aku merayu kepadaMu. Rasanya dah puas aku merayu, tapi yang nyata, masih belum cukup. Masih tidak padan dengan dosa-dosaku yang lalu. Allah, adakah aku akan pergi mengadapMu disaat yang aku nanti-nantikan ini?

Aku redha ya Allah. Aku memang tak layak ke syurgaMu. Langsung tak layak. Banyak sangat yang perlu aku bayar di akhirat nanti. Banyak sangat. Beribu tahun untuk bersihkan dosa sahaja.

Tuesday, August 30, 2016

Ujian Untuk Ku

Aku harap ini yang terakhir, ya, yang terakhir. Kenapa?
Allah seakan sedang mengujiku, kerna kekhilafan ku di masa yang lepas. Kali ini, emosi sedikit terganggu.
Namun, aku tetap berharap, Allah ampunkan segala dosaku. Allah mudahkan urusanku dunia akhirat. Allah sentiasa bersamaku, disaat senang dan susah.
Seolahnya aku ini manusia hipokrit.

Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosa-dosaku.. Ya Tuhanku, maafkanlah kesalahanku..
Ya Tuhanku, sentiasalah mendampingiku..
Ya Tuhanku, aku merindui kasih sayangMu..

Monday, August 22, 2016

Anak aku, tanggungjawab aku

Anak ummi, pandai la ummi jaga. Ummi tau la tahap kesihatan anak ummi. Ummi yang jaga dari dalam perut ummi. Ummi yang jaga sampai besar macam ni. Segalanya ummi yang uruskan.

Anak ummi, hak ummi, tanggungjawab ummi.

Kenapa ada jugak manusia yang sibuk-sibuk nak campur tangan cara ummi jaga anak ummi? Kenapa takleh tengok kami sihat? Kenapa?

Buanglah sifat dengki tu. Buang jauh-jauh. Saya tak pernah kacau hidup awak. Saya tak pernah persoalkan cara awak jaga anak. Saya tak pernah terpikir nak fikir yang buruk-buruk pasal awak.

Kita semua milik Allah. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita pergi. Nikmat di dunia ni sementara je. Segala harta yang kita dapat ni tak leh bawak masuk kubur pun. Ajal tak kenal usia. Kun fayakun. Allah lagi maha berkuasa. Janganlah takbur wahai manusia. Awak dapat lebih nikmat dunia, bersyukurlah, selagi belum terlambat. Di dunia awak mulia, di akhirat belum tentu lagi. Saya doakan yang baik-baik saja untuk awak.

Monday, July 11, 2016

Raya 2016

Sebulan berpuasa, raya pun tiba. Tahun ni turn raya belah suami. Hukhukhuk. Balik rumah mek 3 hari sebelum raya. Sempat la berbuka puasa sekali. Sehari sebelum raya dah balik rumah ma. Totally memang tak beraya pun rumah mek sebab hari raya ketiga tu ada kenduri sepupu aku kat pasir puteh so aku macam tak larat nak ulang alik. Jumpa mek kat kampung je. Mek pun dah tal balik rumah dah lepas tu.

Balik rumah ni pun terpaksa ikut LPT sebab nak elak jem then memang tak lalu rumah mek. Sedih kan? Meh belanja gambar belakang rumah suami. Tak leh sambung story sebab abang long dok suruh masak.

Cekodok Hangit

Aku rasa aku tinggal sekejap je cekodok ni atas dapur, tapi tengok2 dah hangit. Sebelum tinggal rasa macam eh, lambat lg ni nak garing, p check wasap la kejap. Sekali dah hangit cenggini. Memang terasa kejap je check wasap, tapi tengok la kesan kat cekodokku ini.

Abang long tak suka makan cekodok. Aku dengan kakak je yang suka. Ni sbb aku teringin nak bau cekodok je. Suka bau dia time goreng tu. Bau pisang.

Sunday, April 17, 2016

Anak Ummi

Anak ummi yang ini memang sedikit mencabar kesabaran ummi saban hari. ragamnya cukup menguji hati ummi. kadang- kadang mendatangkan perit di hati. namun, senyumannya sentiasa di nanti-nanti.

masa berlalu dari sehari ke sehari, anak-anak membesar tanpa disedari. ummi harap kalian sentiasa sematkan ummi dalam hati, kelak ummi akan mengundur diri.

kalian adalah cinta hati ummi.

Tuesday, January 26, 2016

Liang Lahad Tu Sempit

pagi tadi aku rasa takut sangat. kat liang lahad tu sempit. tak boleh bergerak, apatah lagi berkalih. kalau aku masih di tahap sekarang ni, memang liang lahad tu takkan menjadi luas. gelap gelita.

kat dalam tu takde sape yang boleh tolong aku, kecuali amalan aku kat dunia ni. tapi kenapa aku masih di tahap ini?

kat dunia ni, ruang yang sempit pun dah sesak nafas apatah lagi kat dalam kubur. aishhhh

please, pleaselah. solatlah di awal waktu. baca quran selalu. bangun pukul 5pagi la beb. solat taubat, tahajjud, hajat tu tetiap malam. istiqomahlah, kalau nak bagi kubur tu luas dan bercahaya.

benda senang je kot!

Friday, January 22, 2016

Perasaan Tak Tahu

petang ni hujan batu kat shah alam. subhanallah.. setakat aku dok shah alam ni, dah 3 kali kejadian hujan batu ni.

sebenarnya aku sedang menunggu delivery tudung mesir. rasa macam lambat pulak. padahal dari port klang je. nak je aku pegi ambik sendiri kat sana tapi segan pulak nak tanya itu ini, pressure org. so aku tunggu je dorang hantar kat rumahku syurgaku ini.

pastu, perasaan aku macam tak berapa betul sikit 2,3 hari ni. kadang happy, kadang depressed, kadang just follow the flow, kadang macam2. bercampur aduk, macam2 ada, inipun sebab aku dah ter.. erkkk, rasa macam taknak bagitau lagi la pulak. hurmmmmmmm

Monday, January 11, 2016

MA, maafkan ummi. Ummi Akan Berubah

Allahu, rasa bersalah sangat kat Muhammad Adam (MA) sbb selalu tinggikan suara, cubit, acah2 rotan dia. sekarang ni MA suka melawan. salah daku. ye, sume ni salah daku sbb tinggikan suara kat dia. ayat2 pun langsung tak behave. dlm keadaan marah kot, tak sempat nak susun ayat. nampak sangat solatku tak khusyuk.

daku kena belajar control diri. ye, control. solat, mengaji, takkan benda senang pun takleh buat? didikla anak2 dengan betul. nanti ko jugak yang susah. time kecik2 ni la kena cakap yang elok2. MA tu macam span tau. sume benda dia serap. baik buruk dia serap. yang buruk tu kena la buang. buang jauh2.

nak ajar anak, ajar diri sendiri dulu. please, jangan tunjukkan yang kita ni takde otak. bodoh sombong. orang Islam kena amalkan Islam. jangan jadi liberal.

Thursday, December 17, 2015

Sampai Bila Nak Macam ni?

aduh, bila la nak berubah rutin ni. bila la nak istiqomah solat dhuha ni. bila la nak start bangun tahajjud ni. tangguh dari sehari ke hari, lama-lama berbulan. anak pulak dijadikan alasan.

macamana la nak disiplinkan diri ikut jadual rumah ni. dah tempek tempat senang nampak pun masih liat nak buat. yang wajib pun dilengahkan. konon nak solat awal waktu. ada je halangan. kalah dengan bisikan iblis betul la.

time tidur pulak suka sangat lengahkan. sayang nak tinggal cerita kat tv. 1 hari Allah tarik nikmat tv tu baru la nak terhegeh-hegeh. ya Allah, laghonya diriku ini...

Wednesday, December 16, 2015

Oh Oh je Mampu

dugaan kecil datang. skrin handphoneku pecah dek kipas yang dijatuhkan anak teruna. bersyukur sangat kipas tu tak jatuh menimpa anak dara. dalam keadaan sesak macam ni terpaksa la ku tahankan dulu hari nak menukar skrinnya.

survey kedai repair, di mintanya rm250. sedih gak la nak mengangguk.

nak marah siteruna, memang la kena marah kan. tapi memang ada pengajarannya. handphone jangan la letak merata lagi. ini main letak je tempat lalu lalang. pastu jangan dok ralit sangat bermainnya. main bila perlu je. solat pulak jangan dilewatkan sebab main fon. kan dah dapat akibatnya.

melayang duarat. duarat tu boleh wat beli baju si anak dara kot. selit blouse mak dara selai pun sempat lagi.

Monday, October 26, 2015

Macamana La Aku Tua Nanti

hati aku ni cepat benar tersentuh. tengok soal wanita kat tv alhijrah tadi pasal arwah nenek hindun tu menangis teresak-esak gua. terharu betul tgk dia suap air milo dan meriba suami dia yang tak boleh nak bangun.

macamana lah aku bila dah tua mcm tu. ada ke orang yang aku sayang nak jaga aku. ada ke orang yang sayang aku masa tu. sanggup ke orang yang sayang aku tu jaga aku. sempat ke hidup sampai tua? ntah-ntah aku kena siksa kubur dulu. Allahualam.

eh, ada ke yang baca blog aku ni? perasan je lebih taip fefeling blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Alamak Adam Gegirl!

semalam aku melepek je seharian sebab pening kepala berdenyut denyut plus badan panas. nasib baik adam dah sihat semalam.

hari ni alhamdulillah dah sihat sikit. kesian my husb semalam. kalut jaga anak sedia makan minum. nak kena pegi keje lagi. sepatutnya semalam kena pegi beli barang dapur, terpaksa postpone. hari ni dia tanya boleh keluar ke.

aku demam ni sebab salah aku gak. tak istiqomah dalam mengerjakan ibadah.
Allah nak bagi pengajaran. maafkan aku ya Allah..

abang long suka panggil aku misae. kalau aku tutup tv, dia cakap "apa tutup tv ni misae". zulaikha pulak suka menari. lagi orang gelak, lagi dia galak. suka tarik perhatian orang.

Tuesday, October 20, 2015

Mak Bebel

hari ni abang long demam. tak ceria rumah kami. zulaikha rindu nak main dgn abang. abang elok tdo dia pegi duduk atas abang. menangis si abang.

jerebu pun makin teruk. ada macam warna kuning sikit. sekolah pun cuti sbb jerebu.

malam tadi aku yang macam demam. cepat2 aku buat bone broth. hirup sikit2. alhamdulillah hari ni dah ok sikit. cuma pening kepala tak ilang2 lagi.

risau kat husband pun ada. aku suh dia ambik cuti dia tak nak. katanya keje dgn orang kena ikut orang la. kita ni risau dgn udara kat luar je. kang sakit kang orang tu bantu kita ke?

Thursday, October 15, 2015

For You, Abang Long

mata kami tertumpu kepada iklan tv. habis je iklan. abang long bertanya "ummi, pharmaton tu ape". alamak, aku nak jawab apa beb? apa la iklan ni.. cuba la iklankan benda yang memberi manfaat dunia akhirat sikit.

bangun pagi tadi aku tanya " hari ni kita nak masak apa?". abang long laju jawab "masak kek". " kek apa". "kek susu". semalam aku beli susu sebab nak buat kek. terus dia nak buat kek susu. sebenarnya aku nak buat japanase cheese cake. alhamdullillah dah siap pun.

Friday, October 2, 2015

Bekal

kerapkali aku rungsing. dengan diriku yang tidak berbekal ini. tegarkah aku di dalam api neraka nanti?

Allahu. aku memang tak layak ke syurgaMu jika aku tetap begini.

tanah seolahnya semakin tidak membenarkan aku memijaknya lagi. langit seolahnya semakin menghimpitku. namun aku hanya rungsing. seolahnya aku mahu menjerit kepedihan. tapi aku memang tak sanggup. lagikan perciknya api itu sudah terpanas buatku. inikan pula obornya.

Sunday, September 20, 2015

Kasih Sayang

hidup ini perlu juga malas. eh, perlu malas? ye, malas mengumpat, malas mengeji, malas melagha.. kan malas tu. sekarang ni macam malas nak menaip je. aik?

zulaikha, ummi memang akan rindukan kamu nanti. sepertinya adam, yang semakin hari semakin berdikari. lari ke sana ke mari. zulaikha pun. merangkak kesana ke sini. umur perkahwinan kami baru 4 tahun, ummi sudah merindui zaman kecil anak-anak ummi.

ikutkan kehendak, nak saja ummi keluar dari sarang ini, mencari kemewahan dunia yang ummi tak dapat rasai. nak juga ummi mewahkan kalian, dengan harta dunia yang tidak kekal ini.

namun kalian lagi butuhkan kasih sayang ummi. baru 8 jam ummi tinggalkan, badan kalian sudah kepanasan. tahap kegembiraan kalian menurun. tiada gelak ketawa untuk ummi. tegarkah ummi meninggalkan kalian ketika kalian masih kecil sebegini?

ummi sanggup mendustakan kemewahan dunia ini demi kamu anak. ummi mohon maaf.

Saturday, September 19, 2015

Fon Baruku

terpaksa beli handfone baru malam tadi. survey punya survey, akhirnya dapat gak beli dalam keadaan yang memaksa. fon lama dah tak boleh berfungsi dgn baik. line takde langsung. data internet pun putus2. pencen terus.

harapnya fon baru ni boleh la berkhidmat dgn maju jaya, dlm tempoh 3 tahun. fon yg dulu boleh memberi jasanya selama 2 tahun je. sedih kan.

belanja gambar penyejuk mata sikit.

Wednesday, September 2, 2015

Turn to 29 years old

3 september 2015 akhirnya muncul hari ini. Istimewanya hari ini, 29 tahun aku hidup di dunia. Tetiba terasa berat. Berat dengan beban dosa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers