Friday, February 22, 2019

Yang Ke Empat

permata hatiku yang ke empat, daku namakan Alisya Safiyyah, yang bermaksud dilindungi Allah dan Safiyyah itu sempena nama seorang srikandi Islam. 

anak ini, dari saat terciptanya di dalam rahimku, telah berjuang dari usia janin lagi. saat ku tahu positifnya hamil, aku tertekan. aku kecewa. aku sedih. dan aku nekad untuk tak terima kehadirannya. kenapa? shaheeda masih menyusu, adam dan zulaikha pula mula bersekolah tahun ini. kewangan pula terbeban. namun, Alisya ternyata di bawah lindungan Allah. sudah takdirnya dicipta ke dunia, melalui aku.

di usianya 24 minggu, aku dimasukkan ke hospital disebabkan hb very low. dalam darah aku ini, ada 5 darah orang lain. jantung aku berdebar, sentiasa pening. doktor keep scan, risau janin ada pendarahan dalam rahim. namun, Alisya kuat. aktif. positif. sesungguhnya beliau seorang pejuang dari alam rahim lagi.

akhirnya, aku redha. anak ini, amanah Allah untukku. ujian untukku. aku menyesal. aku bertaubat.aku solat taubat hampir setiap malam. aku khatamkan al-Quran, demi menebus kesilapanku terhadap Alisya. aku bacakan cerita Maryam, cerita Yusuf untuknya. aku menelaah isi al-Quran. aku bacakan cerita akhirat untuknya. aku cuba untuk istiqomah. semoga amalanku ini diterima oleh yang Maha Berkuasa.

ketika itu, aku sakit. bartholin cyst semakin membesar. namaun aku tetap teruskan rutin. aku tahan sakit selagi terdaya. dan ujian sakit itu berakhir bila ke hospital membuangnya. selepas 2 hari cyst dibuang, Alisya akhirnya keluar dari rahimku. di pagi jumaat, jam 4:09pagi. Allah, sungguh kesakitannya tidaklah lama, tidaklah perit.

namun, Alisya sekali perlu berjuang untuk menghadapi manusia yang rakus dengan kuasa autoritinya. Alisya dimasukkan ke nicu dengan reason presumed sepsis, gara-gara suhu badanku 39.5 celcius saat melahirkannya. aku pula perlu on antibiotik selepas bersalin. Alisya di tahan untuk 2 hari pertama, semata untuk tunggu kultur darahnya. dan resultnya tiada kuman pun. esoknya Alisya ditahan lagi, kerana bacaan kuningnya border line. 

tangannya bengkak hasil tusukan 2 jarum yang dibiarkan dari hari pertama hingga ke empat. Allah. aku yang ditusuk jarum baru sehari pun dah mengelabah sakit. inikan pula 4 hari disitu. aku dah mintak doc keluarkan since aku tak namapak kegunaannya, tapi doc refused sehinggalah Alisya discharge. hari discharge pun kena tunggu setel payment baru dorang kelaurkan branula insert itu.

sekian dulu untuk cerita ini.
gambar Alisya takde pulak dalam komputer ni. lain kali ye aku share
 

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers