Tuesday, January 29, 2019

Bartholin Cyst

malam ini dapat tidur lena. alhamdulillah. cyst yang selama ini menemani aku sudah dibuang tadi. buangnya sekejap saja, menderitanya lama. 3 minggu aku tunggu cyst tu pecah sendiri semata takut nak pergi hospital. hari ahad akhirnya Allah bagi kekuatan kepadaku serah diri kat sana dan harini baru dapat sedut habis. sebenarnya aku bukan takut, lebih kepada malu. malu nak tunjuk private part kat orang lain. tapi disebabkan baby dah 38 weeks, aku risau sangat2. so terpaksa la tebalkan mukaku ini.

kewujudan cyst ini sebenarnya dah 3 tahun. masa aku lahirkan shaheeda lagi. masa tu kecil sahaja. aku cuma sapu habbatusauda dan vco. aku tak bagitahu sapa2 sebab malu punya pasal dan doktor yang discharge aku masa tu pun cuma tanya sakit ke tak sambil tekan. tak sakit pun. selepas aku pregnant yang terbaru ni, cyst ni tetiba membesar dengan jayanya. aku mula gelabah. dilema nak bagitahu misi/doktor. aku usaha sendiri kecutkan atau keluarkan isi dalam cyst tu. hari-hari aku rendam air suam plus epsom salt. hasilnya bengkak itu jadi lembut dan tak sakit. aku lebih rela tahan sakit walaupun hati aku risau. aku sapu herbal blend shaklee, letak lagi habbatusauda, vco juga. selang seli. aku tanya mak, mak suruh cari daun2 herba. aku cari,  tumbuk dan sapu. tapi bengkak itu masih sama. tak surut. kadang sakit, kadang2 tak sakit. seksa nak berjalan, terkangkang2, buat kerja rumah, aku tahankan saja. aku teruskan rutin seperti biasa walaupun hati aku hari2 tak senang fikirkan cyst itu. 

aku search google, youtube, facebook. aku tengok macamana procedure untuk belah cyst itu. dorang toreh pakai pisau. buang cecair dalam tu. mana la aku sanggup nak tadah dalam keadaan aku yang semakin sarat ni. aku baca petua hilangkan cyst itu. aku apply semua. aku letak tea tree oil, sixt baths semualah. aku makan probiotik. semua aku buat. lepas solat, aku baca ayat2 ruqyah. mintak Allah hilangkan cyst ini. aku bangun pagi, solat hajat. dan satu dinihari itu, aku solat istikharah. mohon Allah tunjukkan jalan. lastly, Allah bagi aku kuat. demi anak yang sedang aku kandung ini, aku pergi kecemasan hsa. aku selak kain tunjuk jugak. doktor yang saring aku tu refer aku ke pac. bila dah pergi pac, dorang discuss sesama sendiri what to do. dorang suruh aku balik, sebab cyst ni dorang akan pecahkan bila sakit nak bersalin nanti. tapi aku tak setuju. aku takut jadi apa2. aku kalau boleh tak nak ceaser. then dorang pun refer aku ke pakar sakit puan 2 hari lepas itu. dan hari ini, aku bebas. Allah mudahkan urusan aku, pergi je o&g, dr janani tanpa banyak bicara terus sedut cyst itu. guna needle dan picagari saja. bukan seperti yang aku bayangkan. hasilnya, dapat 65ml cecair yang berwarna coklat. aku lupa pula nak ambik gambar sebab terkejut punya pasal. banyak sangat. dorang ambik cecair tu, nak buat sample apa ntah. yang penting, aku lega. rasa macam nak berlari je time tu. aku boleh lupa nak ucap terima kasih kat dr janani sebab terkejut tadi. aku speechless. diam terkata apa-apa. aku angguk je apa yang doc pesan.

seriusly, lepas je cyst ni takde, perasaan aku jadi happy sangat. baru aku ready nak deliver baby. sebelum ni, aku rasa nak simpan je baby dalam perut ni. aku tak packing apa2 pun. harini baru aku rasa excited nak sambut baby. 

hari-hari aku google pasal bartholin cyst ini. macam-macam aku taip. bartholin gland, nartholim abscess, bengkak semua lah. aku risau sensorang. husband aku bukan jenis kisah sangat so beliau letak je keputusan semua kat tangan aku. i follow katanya.

aku sebenarnya booking under htar, memandangkan alamat aku klang. tapi aku pergi je hsa sebab kat htar ramai doktor laki yang handle o&g. aku pernah masuk wad kat situ 2 kali. yang terbaru warded transfuse darah 3 beg sebab hb very low. mostly doc laki dan doc indian perempuan yang handle. kat saringan dorang pun doc laki. kalau boleh aku nak jaga aurat memandangkan aku ni bukannya ada duit kepuk-kepuk. kalau tak, dah lama aku ber'andorra'. sebab tu la aku tak bagitahu kat misi dan doctor yang routine checkup aku. nanti mesti dorang refer aku kat htar punya. pepandailah aku nak hidup. lagipun, aku memang akan bersalin kat hsa. hsa ni bagusnya ramai doc perempuan yang take over pac. yang laki pun ada, cuma bilangan dia tak macam htar.
shaheeda

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers