Saturday, April 27, 2019

RESEPI COOKIES SIHAT

aku nak kongsi resepi cookies pulak. modalnya agak pricey la sebab aku guna bahan-bahan premium. macam butter tu dah harga 12 ringgit, choc chips tu pun harga boleh tahan rm20 kau. bende seciput aje. sebab takde bahan pengawet, flavoured semua kan. almond chop pun mahei. gula pun dah 3ringgit lebih, guna 2 cawan banyak jugak la. telur pulak telur ayam kampung, sebab tu warna dia putih. kuning telur dia warna lain dari telur ayam cucuk. modal semua rm50 la senang,

bahan bahan dia
250g butter
440g natural sugar
2 telur
480g tepung unbleached
120gm almond chop
250g choc chips
esen vanilla
soda bikarbonat
baking soda

cara-cara
whisk butter dan gula. bila kembang sikit, masukkan telur, esen. gaul. masukkan tepung, soda, baking.  masukkan choc chips and badam. doh memang lembik. tak yah tambah gandum tau. biar je lembik. kalau rasa macam lembik sangat, letak je dalam peti dulu. pastu sudukan kecik2 then bakar. suhu 150. bakar dalam 10min

confirm la sedap. bukan setakat sedap, sihat pulak tu. sebab kita guna semua natural. takde sintetik. selamat untuk anak-anak. nak jual memang tak dapat la. kecuali la customer tu ada kesedaran nak cari makanan sihat.



RESEPI CEK MEK MOLEK BESERTA INFO KESIHATAN

aku ini sememangnya penggemar ubi. terutama ubi keledek. tiap kali pergi topup barang dapur, keledek memjadi satu kemestian. tahu tak apa aku buat dengan keledek tu? ha.. ni aku nak kongsi dengan kalian semua sebab aku selalu buat. kihkih. siap bagi resepi lagi tau. jeng jeng jeng...

CEK MEK MOLEK

aku tak pasti orang luar panggil apa. tapi kat kampung aku, cek mek lah nama kuih tu. rasa dia rasa keledek saja.

resepi cek mek

keledek (rebus sehingga empuk)
tepung gandum unbleached
garam bukit
butter
natural sugar

cara-cara
lecek keledek sehingga hancur. masukkan gandum dan sedikit garam. uli sehingga sebati. masukkan sesudu butter. bukan buttercup tau. butter. bila dah sebati elok, rehatkan doh sekejap. bila doh dah cukup rehat, kasi gotey sama dia. letak gula sesudu kat tengah. pastu balut. haaa cenggitu. senang saja maa.. pastu awak goreng la ye. minyak kena banyak bagi tenggelam.

nak bagi resepi, tapi tak letak sukatan kenapa. takde spesifik sukatan sebab aku biasanya main campak saja. pepandailah lah ye

buat bulat2 terus senang. bentuk dia ikut suka bila dah balut tu

inilah cek mek molek ku. takpelah rupa takde pun. asal rasa tu ada


perasan tak aku letak tepung gandum unbleached? ha, ni nak bagitahu. tepung gandum kat pasaran biasanya dah bleached siap2, sebab tu rupa dia macam putih suci sangat. yang dah bleached tak elok  untuk kesihatan. so kita cari yang tulis unbleached. contohnya tepung gandum cap ros, cap faiza. kalau nak lagi elok, makan tepung gandum organik. yang tu tersangatlah elok. dia takkan rosakkan function dalam badan kita sebab kandungan dia clear, malah lagi memyihatkan kita.

samalah dengan butter tu. pastikan butter tu betul2 butter. bukan buttercup, marjerin semua tu. contoh brand anchor, westgold. yang takde campuran pengawet, pewarna, bahan sintetik semua tu. yang buttercup, marjerin semua tu tersangatlah tak elok untuk function badan kita. ianya akan menganggu proses penghadaman, proses aliran darah kita. butter yang organik lagi elok tau. tapi harga yahudi la. i is tak mampu. kalau ditakdirkan satu hari i ada duit, memang i beli yang organik aje.

garam pun sama. tok soh la guna garam putih tu. itu dah refined semua dah. khasiat dah habis ketika dalam pemprosesan lagi. apa yang dapat kat kita, cuma rasa je. khasiat takde dah. dah habis. kita guna garam pink tu. elok. harga pun taklah mahal. boleh la

gula putih pun tok soh la guna. awak guna natural sugar. yang warna perang-perang sikit tu. ada tulis kat label. baca-baca lah sikit. apa yang nak masuk dalam perut kita ni, kena la tahu. jangan dok mengikut orang sangat.

ha. lagi satu. minyak. kalau awak ada duit lebih, awak tok soh la guna minyak biasa tu. yang dalam plastik lagi la kena elak. awak guna coconut oil. elok sangat. minyak zaitun pun elok. beli yang virgin. jangan extra virgin. yang virgin tu untuk goreng. extra virgin tu untuk minum. coconut oil pun sama. extra2 ni untuk minum. yang minyak masak dok jual kat pasaran tu, tak elok sebab tu minyak rbd. dah masuk proses hydrogenation semua. dah takde nutrisi dah yang tu, malah ada trans fat yang boleh mengganggu proses aliran darah kita.

itulah aku nak share serba sedikit. nak tahu lanjut, banyakkan membaca. beli buku yang berkaitan, tanya pakar, google pun boleh. sebab tu apa-apa kita kena cari, jangan dok mengikut orang aje.

Friday, February 22, 2019

sejarah luka umat Islam melalui keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah

Teringat kembali sejarah luka umat Islam melalui keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 mac 1924 dek perancangan jahat puak Yahudi pada ketika itu.Selepas itu munculnya seorang peminpin yang zalim lagi fasiq iaitu Mustafa kamal Atartuk yang memerintah kerajaan Turki bersandarkan ajaran sekular yang melampau.
Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Maka ,bangkitlah wahai para pejuang untuk melihat kembali kegemilangan Islam berlaku dengan melaksanakan tugas-tugas menegakkan perkara-perkara kebenaran dan meruntuhkan nilai-nilai kebathilan.
Muhammad Syafiq bin Ramli
Pengerusi Majlis Tarbiyyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS 15/16

Kisah Penjual Tempe

Assalamualaikum wbth
Bacalah kisah di bawah sehingga habis. Inn sya allah ada pengajaran berguna.
Kisah Penjual Tempe
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar dari yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
In Shaa Allah, Dia lebih mengetahui segalanya. Jangan berhenti berdoa.

JOM BELAJAR BAHASA SYURGA

JOM BELAJAR BAHASA SYURGA
1.Salam ukhwah fillah - salam
persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara
perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i’m really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih -
sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada -
persaudaraan kerana Allah selama-
lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alallah -
setelah kamu berazam maka
bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya
aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa
di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi
esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah
menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah
menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga
mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira -
Semoga Allah memberi/menambah
kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu
juga (jawapan utk jazakallahu
khairan kathira)@Allahukhairujaza’ -
Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal -
bersunggguh-sungguh dan
janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana -
Janganlah bersedih , sesungguhnya
Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan -
cukuplah kematian itu menjadi
peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull
khayr ! Ameen , Barakallahu fiek -
dengan izin Allah , inshaAllah
semuanya baik ! Aamiin , semoga
Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat
malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari
cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu
an azhaba ilal dauratul miah ?-
tumpang tanya wahai ustaz/
ustazah , bolehkah saya ingin ke
bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam
keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang
boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah
memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan
kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul
teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran
panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan
kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma
amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana -
sesungguhnya Allah bersama kamu
 meh belajar bahasa Syurga 
AYAT-AYAT UMUM BAHASA ARAB.
Ahlan wa sahlan - selamat datang.
Ahlan bik - selamat datang buat anda.
Bikullis surur - dengan suka cita.
Anta, kaifahaluk? - awak apa khabar?
Toyyib, Syukran - baik, terima kasih.
Sobahul khair - selamat pagi.
Sobahun nur - selamat pagi.
Sobahul surur - selamat pagi.
Sobahus surur - selamat pagi.
Kaifa asbah tum? - bagaimana keadaan awak?
Birrahbi wassurur - selamat petang.
Masa ul khair - selamat petang.
Masa un nur - selamat petang.
Tusbihu 'ala khair - selamat malam.
Kaifa amsaitum? - bagaimana keadaan awak petang ini?
Tafaddalu - silakan semua.
Arju - saya harap.
Nahnu bikhair walhamdulillah - kami baik dan sihat.
Min aina jik ta? - dari mana awak datang?
Min aina anta/anti? - awak dari mana?
Ya akhi/ukhti - sila masuk, saudara.
Taffaddal, isyrab - silakan minum.
Kam amruk? - berapa umur awak?
Syukran - terima kasih
Asy kurukum - terima kasih.
Syukran li musa 'adatik - terima kasih pertolongan anda.
Syukran Jazilan - terima kasih banyak2.
Syukran Khatiran - terima kasih banyak2.
Asykuru lak - terima kasih untukmu.
Na'am - ya
Na'am, sohih - ya, benar.
Hasanan - baiklah.
La - tidak.
La, khoto' - tidak, salah.
Hal antum tafahum? - awak semua faham?
A ta'rif? - adakah kamu tahu?
Na'am na'rif - ya kami tahu.
Ma zurtani min zaman - sudah lama awak tidak menziarahi saya.
Wa ana kazalik - saya juga demikian.
Aina baituk? -dimana rumah awak?
Aiyuhal walad - wahai anak.
Kam si'ruhu? - berapa harganya?
Unzur - lihatlah.
Ma'zirah - maaf.
La ba'sa alaik - tidak mengapa.
La syaik alaik - tiada apa-apa.
Laisa min qasdi - saya tidak bermaksud.
Ana aasif - saya minta maaf.
Ta'al indi - mari kesini.
Ana nasit - saya lupa.
Sa attasil bik - saya akan hubungi awak.
Ana haneenun bika(utk lelaki) - saya merindui awak
Ana haneenatun biki(utk perempuan) - saya merindui awak
Ana musytaqun Ilaik -  saya rindu awak

Andai aku nampak dosa itu...

Andai aku nampak dosa itu...
.
Seorang lelaki sedang berjalan di sebuah taman, tiba- tiba lalu seekor burung dan melepaskan najis jatuh atas kepalanya.
Cepat-cepat dia berlari mencari paip air lalu membersihkan kotoran tersebut.
.
Seorang gadis sedang makan di sebuah restoran. Tanpa disengajakan, sedikit makanannya tertumpah lalu terkena baju.
Pantas si gadis bergegas ke sinki lalu membersihkan sedikit kotoran itu.
.
Kekotoran. Sesuatu yang kita tak suka. Bila kita nampak kotoran itu, pasti kita tak senang dan akan berusaha untuk membersihkannya.
.
DOSA juga satu kekotoran. Yang boleh mendatangkan keresahan pada orang yang melakukannya.
.
Tapi sayang, dosa itu tak boleh kita nampak dengan mata zahir. Tiada bentuk fizikal.
Maka kita jarang sedar akan dosa kita meskipun hampir keseluruhan hati kita telah terpalit noda.
Jarang kita merasakan bahawa diri kita sebenarnya sangat kotor, hina dan jijik akibat dosa yang bertimbun.
Andai kita dapat nampak dosa itu ibarat kotoran pada baju, nescaya kita takkan berani dan mampu untuk melakukannya.
Pasti kita akan malu untuk melakukannya. Pasti kita sendiri akan jijik untuk mendekatinya.
Ada hikmah kenapa DOSA dan PAHALA itu tak dinampakkan secara zahir.
Untuk menguji keyakinan dan keimanan kita terhadap perkara yang di luar kemampuan pancaindera zahir kita.
DOSA memang tak nampak. Tapi boleh dirasa. Hadirnya dosa itu bersama keresahan hati yang tak kunjung hilang.
Hidup seakan terencat. Serba tak kena. Keresahan yang takkan mampu dihilangkan walau dengan segala jenis ubat dan terapi yang ada di dunia.
Cuma satu jalan membuang keresahan hati akibat dosa.
TAUBAT. Kembali kepada Allah. Pemilik hati kita.
#Muhasabah buat diri sendiri & semua
Astaghfirullah alaziimAndai aku nampak dosa itu...

Rutin Harian Jutawan Akhirat 📋

Rutin Harian Jutawan Akhirat 📋
1⃣ Bangun seawal jam 4 pagi setiap hari (Sebab itu penting untuk tidur awal jam 9 malam)
2⃣ Mandi pagi (Sunnah Rasulullah Saw & ia menyihatkan tubuh badan)
3⃣ Qiamullail (Solat Taubat, Tahajjud, Hajat,  Istikharah & Witir / Solat Tasbih 4 rakaat)
4⃣ Baca beberapa Surah / Juz' Al-Quran / wirid yang baik sementara menunggu Subuh
5⃣ Solat berjemaah di masjid / rumah
6⃣ Solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh
7⃣ Selepas solat Subuh, baca Al-Quran / wirid2 tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra'
8⃣ Minum pagi / sarapan
9⃣ Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit
🔟 Solat Sunat Dhuha
Jika kita belum lagi mampu untuk lakukan semuanya, lakukanlah sekadar yang termampu sebagai permulaan.
Moga kita semua mampu untuk amalkannya & seterusnya menjadi Jutawan Akhirat. InsyaAllah ☺
💞 Salam Sayang Dari Saya 💞

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers