Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A Halim, L Ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang semula, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, berulang ulang sampailah malam. Si warden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah... Tak pernah dengar kaset ke?
No comments:
Post a Comment
apa kata anda ?