Thursday, September 10, 2015

Catatan Dhuha


"RENOVATE HATI YANG MATI" 
Assalamualaikum wbt.
Sedikit jentikan tarbiyah untuk hati kita semua Insya Allah.
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..
Apa yg dimaksudkan dgn hati mati?
1. Kita tahu kita melakukan dosa, tetapi kita tidak berusaha utk menjauhinya.
2. Kita tidak lagi merasa kehadiran Allah dlm solat dan disaat membaca AlQuran, malah hati kita sentiasa tidak hadir semasa amal ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.
3. Hati terasa kosong, kosong dan kosong. Tercari-cari dimanakah iman didalam hati?
4. Kita terasa liat menyertai program berunsur rohaniah, malah rela menghabiskan masa untuk keseronokan yg tidak meningkatkan iman.
5. Kita lebih suka tidur dari bangun malam dan bermalas-malasan.
Apa yg perlu dilakukan saat hati kita semakin jauh dari Allah?
..”Banyakkan berzikir/istighfar.
..”Cari ceramah/pengisian/gambar berbentuk tasawwuf, yg berbicara soal hati dan kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
..”Jika sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali.
..”Buka AlQuran dan tadabbur maknanya.
..”Bangun tahajjud. Cari semula hati itu kembali.
..”Banyakkan bertaubat atas kelalaian kita di dunia.
..”Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai? Na'uzubillah min zalik.
Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yg hidup. "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika membaca AlQuran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah SWT pinta hati yg baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".
Iman itu sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sgt perlu dlm meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan disepanjang jalan, tetapi manis diakhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah, supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati, kita mati dlm keadaan bukan sahaja islam. Malah beriman. Insya Allah sama2.
Wa Allahu A'lam..
Moga kita semua sentiasa berada di dalam perjagaan Dan perlindungan Allah SWT..ameen
   ..   ..   ..

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers