Kehadiran baby SI dalam keluarga kami memberi sedikit perubahan yang amat ketara kepada kakak ZH. First time kakak tengok adik menyusu, dia pandang tak berkelip. Muka dia sangat terkejut. Lama sangat dia pandang baby. Lepas je aku tegur, baru dia merengek nak susu jugak.
Ya, kakak masih belum cukup haul menyusu. Rezeki kakak minum susu badan hanya sampai umur setahun 4 bulan. Selepas itu, susu dah tak keluar lagi disebabkan aku pregnant.
Walaupun susu dah stop keluar, kakak masih menyusu time nak tido malam.
Selepas 9 bulan 13 hari, akhirnya susu kembali keluar. Jadi aku tandem nursing je andai tetiba kakak terliur. Time nak tido malam, aku memang kena susukan kakak. Kalau tak, tak tido la gamaknya. Kecuali aku takde, baru dia boleh tido tanpa menyusu.
No comments:
Post a Comment
apa kata anda ?