
sungguh , aku tak dapat lelapkan mata malam ini . aku dah cuba untuk menidurkan diri , tapi mata tetap tak mahu rehat .. aduh , siksa kan . lalu ku ke bukak peti , makan eskrem .. nak ?
selepas itu , aku imbas kembali entri - entri terdahulu . blog ini mengembalikan rasa – rasa ku yang dulu . yang kini hampir aku tinggalkan rasa itu . rasanya tak mahu toleh ke belakang lagi . tak mahu di imbas lagi . tapi aku punya diari rupanya . terima kasih .
rupanya aku hidup bersendirian dulu . tapi penuh dengan seribu kenangan . seribu pengalaman hidup . sejuta rasa .
namun , aku masih tak dapat lagi realisasikan lagi impian aku . walhal aku dah cuba untuk hapuskan impian itu namun selagi aku hidup , aku tak mungkin melupakannya . sebetulnya , aku perlu lebih berusaha , bukan terus berdiam diri tanpa mencari apa – apa walaupun aku tak mendapat sokongan . hidup ini perlu di teruskan .
yang paling aku bahagia tentang kewujudan blog aku ini , sume follower bukanlah dari readers yang mengenali hidup aku dalam reality sepenuhnya ( kecuali sayang aku ). rasanya satu kelebihan dan satu motivasi untuk aku meneruskan rasaku di dalam alam maya ini .
WHAT MATTERS MOST IS HOW YOU SEE YOURSELF
No comments:
Post a Comment
apa kata anda ?