Saturday, April 27, 2019

RESEPI COOKIES SIHAT

aku nak kongsi resepi cookies pulak. modalnya agak pricey la sebab aku guna bahan-bahan premium. macam butter tu dah harga 12 ringgit, choc chips tu pun harga boleh tahan rm20 kau. bende seciput aje. sebab takde bahan pengawet, flavoured semua kan. almond chop pun mahei. gula pun dah 3ringgit lebih, guna 2 cawan banyak jugak la. telur pulak telur ayam kampung, sebab tu warna dia putih. kuning telur dia warna lain dari telur ayam cucuk. modal semua rm50 la senang,

bahan bahan dia
250g butter
440g natural sugar
2 telur
480g tepung unbleached
120gm almond chop
250g choc chips
esen vanilla
soda bikarbonat
baking soda

cara-cara
whisk butter dan gula. bila kembang sikit, masukkan telur, esen. gaul. masukkan tepung, soda, baking.  masukkan choc chips and badam. doh memang lembik. tak yah tambah gandum tau. biar je lembik. kalau rasa macam lembik sangat, letak je dalam peti dulu. pastu sudukan kecik2 then bakar. suhu 150. bakar dalam 10min

confirm la sedap. bukan setakat sedap, sihat pulak tu. sebab kita guna semua natural. takde sintetik. selamat untuk anak-anak. nak jual memang tak dapat la. kecuali la customer tu ada kesedaran nak cari makanan sihat.



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails