Tuesday, June 14, 2011

Buang Sampah Betul Betul


bila aku terserempak dengan lori angkut sampah , beria aku nak menjengah orang kat dalam . mungkinkan sebab muka mereka berbalut ? bukanlah .. aku sebenarnya nak cuba menyelami hati mereka yang bekerja sebagai pengangkut sampah . korang tau kan sampah yang macamana maksud aku ? ya , sampah domestik . yang ada kat rumah sampah tu . aku kesian kat dorang .. agak agak gaji dorang bape ek ? hurmmm lah .

rata rata bila aku tengok rumah sampah di kawasan rumah flat , apartment amatlah menyedihkan . sampah di campak campak macam tu je kat tepi tong sampah yang di sediakan . walhal bukan 1 je tong sam[ah besar yang disediakan . kadang kadang ada 3 sekali . kat tepi tong samaph jugak jadi pilihan . dalam tong tu bukannya ada sampah pon . lau ada tak penuh pon .. sedih sangat .

individu yang buang sampah tu tak nampak agaknya tong sampah tu ? mustahil .. jijik agaknya nak buang sampah lam tong . kena pegi dekat dekat kat tong pastu buang . so dorang amek keputusan tuk buang sampah tu kat tepi tu je . pastu blah tanpa rasa bersalah . come on la . bertanggungjawab sikit cukup la weii ..

tau ke tatau etika membuang sampah korang jugak sebenarnya ? nak kena wat tutorial la ni ye tak ? hai , manusia manusia . memang kesian bila kita berada dalam masyarakat macam ni . kita yang nak pegi buang samaph ni pon tak sanggup nak tengok sampah sampah yang tersadai kat tepi tu . dah la tak berikat . berjurai jurai keluar . nak nak plak ada anjing atau kucing pegi selongkar . seyes aku tak sanggup nak tengok . apatah lagi orang yang nak mengangkut sampah sampah tu ?

tapi , nasib baek dorang tu tak macam aku . redha je wat keje dalam keadaan masyarakat yang pentingkan diri sendiri ni . dorang bukan takat kutip sume sampah sampah tu , tapi siap basuh ag . tiap kali pas dorang datang angkut sampah , mesti rumah sampah bersih je . tapi hampeh esoknya !

tolong la sangat sangat . adik kakak abang ayah ibu , buang la sampah korang dalam tong besar yang di sediakan tu . jangan letak tepi . bajet pembersih la sangat bila tanak dekat dekat gan tong sampah ? korang campak la dari jauh .. tapi biar la masuk geli sangat kan .. bertanggungjawab sikit ..

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails