Friday, July 14, 2017

Jangan

Bismillaah.

Assalaam.

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

Copypaste
Resipi Chocolate Chip Cookies

1 ketul buttercup, 250gram
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan brown sugar
1 sudu kecik vanilla essence
2 biji telur ;1 biji amik kuning sahaja
2 cawan tepung gandum atau lbh
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik garam
Chocolate chip ikut suka byk mana
Klu nak buat perasa coklat tambah 4 sudu besar serbuk koko

1.Cairkan butter dlm microwave. Make sure jgn panas. Tp kena cair
2. Taruk dalam mixer pukul dgn gula smpai sebati dan kembang. Taruk telur pukul smpai sebati. Jgn overbeat telur kalau x nnti biskut keras
3. Ayak semua bahan kering. Taruk dalam mixer. Pukul perlahan je then sebatikan guna tgn. Taruk choc chips.
4. Texture adunan jgn lmbik sgt. Klu lmbik sgt tmbah tepung. Sy bentukkan pakai tgn je.
5. Panas kan oven 175 ke 180 darjah celcius selama 15 min
6. Jarakkan cookies jauh2 sbb dia akan mengembang dan flat
7. Bakar 10 ke 17min. Jgn telebih bakar

Selamat mencuba!! 😄😄

Thursday, February 9, 2017

Nikmat Yang diDustakan

Malunya dekat Allah. Malu sangat. DIA dan bagi banyak nikmat kat aku. Tapi aku masih boleh tertinggal yang wajib.

Allah dah bagi nikmat sihat, nikmat anak yang sihat, nikmat suami yang sihat, nikmat rezeki yang tak pernah habis, nikmat cuaca yang baik, nikmat udara yang bersih. Nikmat boleh bercakap, melihat, berjalan, tidur dengan selesa. Banyak sangat nikmat Allah bagi. Tak terkira walaupun di tulis dengan dakwat seluas lautan.

Walaupun aku masih tertinggal solat wajib, tapi Allah tetap terus bagi nikmat2 tu. Allah tetap sayang aku. Allah ada untuk melindungiku. Betapa Maha pemurahnya DIA. Maha penyayangnya DIA.

Allah, ampunkanlah hambaMu yang begitu banyak dosa ini.

Monday, October 17, 2016

Meniaga Macam Ni La

Allahu akbar, memang terkesan sangat bila ada cikpuan semua mintak diskaun.

Sebenarnya harga tudung yang kami letak ini adalah harga yang paling reasonable. Kami ambik untung tak sampai separuh harga modal pun. Paling banyak untung RM10 sehelai. Itu pun rasa bersyukur sangat2. Kadang2 rasa macam nak bagi percuma je, sebab bila cikpuan pakai tudung labuh, automatik kita yang menjual ni dapat pahala.

Pernah pegi butik, ada jual tudung mesir. Harga dia RM40 cikpuan. Terkejut. Tapi bila fikir, mana nak cover modal, mana nak cover sewa kedai, mana nak cover gaji staff. Sebab tu la harga cecah 40. Itu harga dekat kedai. Cikpuan kena drive kereta sendiri. Kos pergi dan balik semua cikpuan yang cover. Tapi kena bayar lebih jugak?

Online pulak, harga tudung RM26, mintak cikpuan cover postage RM7, upah tailor kelim tepi RM3.50. Total RM36.50. Untung kita dapat paling banyak RM10, tolak duit minyak pegi pos ofis. Ada tol pulak tu. Masa beratur lagi. Eh, plastik poslaju pun kena beli. Wah, banyak pulak kos yang perlu di cover. Nasib baik kita tak buat photoshoot, nak kasi gambar tudung cantik. Agaknya berapa la kos yang kita kena cover?

Tapi takpelah, yang penting, kita ada cikpuan, cikpuan happy, kita lagi la happy.

Alhamdulillah

Friday, September 30, 2016

Kakak dan Adik

Kehadiran baby SI dalam keluarga kami memberi sedikit perubahan yang amat ketara kepada kakak ZH. First time kakak tengok adik menyusu, dia pandang tak berkelip. Muka dia sangat terkejut. Lama sangat dia pandang baby. Lepas je aku tegur, baru dia merengek nak susu jugak.

Ya, kakak masih belum cukup haul menyusu. Rezeki kakak minum susu badan hanya sampai umur setahun 4 bulan. Selepas itu, susu dah tak keluar lagi disebabkan aku pregnant.

Walaupun susu dah stop keluar, kakak masih menyusu time nak tido malam.

Selepas 9 bulan 13 hari, akhirnya susu kembali keluar. Jadi aku tandem nursing je andai tetiba kakak terliur. Time nak tido malam, aku memang kena susukan kakak. Kalau tak, tak tido la gamaknya. Kecuali aku takde, baru dia boleh tido tanpa menyusu.

Wednesday, September 21, 2016

Pengalaman bersalin : Kali ke Ketiga

Alhamdulillah, aku dah jadik mak anak tiga!!! Tak terungkap rasa perasaan jadi mak anak tiga ni ha..

Hari ahad, mang aku tak banyak berjalan. Husband bawak g tanjung harapan. Apa je yang ada kat sana? Tak best langsung. Berenti tepi jalan, makan goreng pisang pastu blah. Tempatnya penuh dengan rubbish. Bau stink pulak tu.

Balik rumah, solat asar. Santai2.. Maknanya aku memang tak banyak berjalan la before beranak tu.

Dalam jam 3pagi esoknya, hari isnin aku rasa macam sesuatu yang hangat mengalir   keluar. Cepat2 bangun p bilik air. Eh, darah la. Tetiba rasa macam takut, sebab tak pernah ada experience turun darah. Aku dok ingat turun air ketuban je, macam zulaikha dulu. Sambung baring, googling cket, cari info pasal tanda turun darah ni cemana progress dia. Ooo cenggitu. Ok sambung tidur la..

Tertidur lah diriku ini.. Tett tett bunyi tepon. Eh, dah kul 5pagi. Bangun mandi sume, solat sunat cket, sementara tunggu subuh. Mana la tau kot2 ini jadi solat yang last. Allahuallam.

Lepas solat, aku baring sekejap. Pagi ni hujan lebat pulak. Sedapnya sambung tidur. Nak pegi goreng nasik, tapi risau takut budak2 bangun bila bunyi kelentang kelentung kat dapur nanti. Pastu zulaikha pulak dok cari susu. Aish budak ni, ada aje la. Husband bangun nak pegi keje. Masa tu aku rasa macam ada mild contraction sikit. Aku pesan kat husband, standby la ye, dah keluar tanda ni. Husband ok je. Terpaksa p keje dengan kete sebab hujan lebat sangat. Sampai kat tempat keje, parking pulak penuh. Terpaksa park kat hujung jalan. Jalan jauh punya pasal, lewat punch card jadinya. Tolak la elaun kedatangan bulan ni rm50. Eh, terstory pasal husband pulak. Sori2.. Itulah hakikat kehidupan.

Dah jam 8pagi camtu, contraction makin kuat pulak. Cepat2 aku masuk dapur. Budak2 dah bangun. Kena bagi dorang kenyang ni, kang nak tinggal nanti. Lendir darah memang keluar non stop. Terpaksa pakai pad.

Dah siap masak, tak boleh suap dorang dah sebab contraction selang 10 minit. Time sakit tu datang, terpaksa duduk mencangkung, baru boleh tahan sakit. Masa tu dah jam 10pagi. Husband mesej cakap dah ontheway balik.

Husband sampai, aku pegi mandi air panas dulu. Cara old school je kite. Mana la ada hot shower kat rumahku ini. Ikutkan, nak je aku berendam dalam air. Layan sensasi contraction. Risau pulak takut terberanak dalam air. Nasib baik takde kolam.

Dalam jam 11 pagi, contraction masih 10minit lagi. Aku ajak husband jom lah. Risau pulak. Tetiba je ada call dari kargo. Lahai, nak hantar tudung mesir pulak time2 macam ni. Hoh, terkejut kite. Awal pulak sampai. So kitaorang jumpa kat tepi jalan jalan. Husband memang kalut sangat time tu.

Sampai kat hospital dah 12thari. Tunggu register. Eh, ramai pulak yang dok menunggu. Kite ni dah la sakit perut. Ok takpe, selagi boleh sabar, kita sabar je la.

12.30 sampai giliran. Pegi kaunter tu dalam keadaan yang sangat sakit. Misi tanya je, aku nangis tahan sakit. Kata misi, katil penuh. Tapi aku mintak buat ve je dulu. Misi cakap ok boleh je. P la baring kat katil ujung sekali. Sekali misi terkejut sebab dah 6cm. Dia macam cuak, tapi takleh nak buat apa sebab katil sume full. Eh, time aku nak beranak mesti full aje. Kataku dalam hati yang kudus ini.

Sebenarnya air ketuban dah pecah kat rumah lagi. Lebih kurang kul 11 gitu. Aku ikut je misi tadi naik level 4. Baring atas katil jap, check ctg. Pastu turun katil, pegi labour room. Masa tu dah kul 1pm. Aku tanya misi, husband boleh masuk kan. Misi cakap boleh. Aku suh husband p solat zohor dulu. Dah siap solat, dia masuk. Masa tu aku dah macam nak buang air besar. So aku buang je. Husband terkejut, first time dia tengok bahan kumuh aku. Aku suh dia cuci je, sebab misi takde time tu.

Misi masuk, aku cakap tak tahan dah jo. Nak teran. Lepas check ve lagi sekali, misi cakap ok boleh dah ni. Masa dia ready2 tu, dia cakap " panjang, panjang". Aku pun jawab, apa yang panjang. Lahai, rupanya dia suh aku teran panjang panjang. Aku ingat apa la yang panjang. Blur sangat time tu.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya lahirkan baby SI dengan berat 3.04kg jam 2:50 petang. Teran 3 kali je. Masa skin to skin, baby SI berak atas perutku. Aduhai anak, kasi ummi hadiah ye. Aku tanya misi, kena jahit ke, misi cakap ye, sikit je. Aku tanya, tak jahit tak boleh ke misiku.. Dia cakap berdarah ni.. Hurmm, kena jahit gak nampaknya. Baru je feeling feeling no epi. Pastu husband request dcc, misi tak bagi. Terus je dia potong. Kecewa sangat time tu..

Lepas siap sume, kul 5pm baru misi lain datang ambik. Bercinta aku tunggu dalan labour room tu. Aku ingatkan tukar strecther, rupanya naik wheel chair je. Allahuakbar, nasib baik husband ada tolong angkatkan punggung. Dah la baju penuh dengan darah.

Friday, September 16, 2016

Saat Seolah Akan Meninggalkan Dunia

Allahuakbar, tak tertanggung rasanya bebanan kali ini.

Ternyata, Allah sedang mengujiku. Ujian ini cukup memberi pengajaran kepadaku. Khilafku di masa lampau memang terlampau banyak. Bagaikan pasir di pantai.

Dengan ujian ini, berkali-kali aku bertaubat kepadaMu. Berkali-kali aku merayu kepadaMu. Rasanya dah puas aku merayu, tapi yang nyata, masih belum cukup. Masih tidak padan dengan dosa-dosaku yang lalu. Allah, adakah aku akan pergi mengadapMu disaat yang aku nanti-nantikan ini?

Aku redha ya Allah. Aku memang tak layak ke syurgaMu. Langsung tak layak. Banyak sangat yang perlu aku bayar di akhirat nanti. Banyak sangat. Beribu tahun untuk bersihkan dosa sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails