Wednesday, November 13, 2013

Susulan Kejadian

berikutan entri pengalaman pahit tu , aku psiko suh suamiku pegi buat report polis . balai polis yang terdekat adalah taman sentosa . ok , kami pun pegilah ..

dalam balai tu ada 3 orang . 1 di kaunter (lelaki) , 2 di sofa (lelaki dan perempuan) , tengah tengok astro . muka tada senyum langsung bila kami masuk . suami pegi kaunter , cakap nak buat report sebab kena kejar dek 3 india . sekali dia tanya kat mana . so kami cakap sg kandis . sekali dia jawab , dorang tak cover kawasan tu , sebab  kawasan tu dah masuk area shah alam . katanya juga , report boleh dibuat , tapi tak boleh buat apa-apa . 

ok fine . aku cakap kat suami , buat je report dulu . nanti kita pegi la shah alam . jauh kot sek 9 tu .. dah alang-alang datang . polis kat kaunter tu macam nak tanak je . tapi klu tanak pun , dorang kena layan jugak kan ? so kami buat la report tu ..

yang menjadi kepelikan ku , balai polis yang terdekat dengan kejadian dah sah-sah balai polis dorang . takkan la tak boleh nak spend time pegi tengok kawasan tu .. alahai , punya la berkira sangat , konon tak nak kacau kawasan shah alam . lagipun , kami mention 3 india . takkan la tak tau samseng india ni dari mana . tentu-tentulah taman sentosa , kawasan yang dia cover jugak . alahai inchik polis , polosnya lah awak lahai . takkan la samseng2 ni takde kaki kot nak gerak ke sg kandis .. nak tak nak , ada kaitan dengan awak jugak la .. 

aku syak , tempat yang kami tersesat tu tempat port dorang . sebab tempat tu memang terpencil sangat . aku risau , kot la ada mangsa baru , kat situlah dorang heret . kat situlah dorang buat jahat . kat situlah dorang lepak . kat situlah dorang menyorok . kami yang tersesat ni , memang rezeki doranglah . orang ckp , masuk mulut harimau . so harimau sukalah kan . hai polis ni , cubalah awak ambik perhatian sikit dengan report yang kami buat . bukan kami suka2 nak report ni . kami cuma takut dorang terus aim kete kami je , sebab dorang tak puas hati lagi dengan kami selagi tak dapat pau . lagipun aku akan bekerja kat kawasan tu nanti . 

apalah gunanya balai polis terdekat . kami yang mangsa ni tetap dalam ketakutan , walaupun report sudah dibuat . 



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails