Wednesday, November 13, 2013

Pengalaman Paling Pahit

sementara kejadian ni baru berlaku petang tadi , baik aku tulis kat sini . takut lama-lama nanti tak ingat . hihihi

ok , entri lepas aku ada cakap kan aku ada kena pegi inteviu kat satu kilang ni . so petang tadi , lebih kurang jam 2 lebih , kitorang gerak dari rumah . sebenarnya kilang ni dekat je dengan umah aku . tapi dia punya tempat tu agak tersorok . sebab kilang ni kilang soolid waste management , so kena la sorok-sorok sikit . pemandangan tak cantik la kan ..

jalan yang selalu pekerja kilang lalu tu tutup pulak tadi , sebab ada work in progress. dorang tengah buat parit . so terpaksa cari jalan lain . macam la kami tahu sangat . so ikut je la jalan yang lori selalu keluar masuk tu . tetiba je macam sesat . tak jumpa . jalan pun macam pelik je . tapi kami redah je . jalan tu tak berturap pun , banyak lubang2 , sunyi . so kereta kena gerak lemah lembut je . kiri kanan semak samun . tempat pembuangan sampah pun ada . 

sekali kat depan kitaorang macam ada 2 bijik moto ex5 tengah lepak . alamak , macam samseng je . so kami cepat2 undur patah balik . moto ex5 kat depan tu pula tetiba je datang ke arah kitaorang , dan-dan je suh kitaorang berhenti , dalam keadaan marah dan memaksa . indian , 3 orang . ya Allah , time tu husband aku ckp no then terus pecut . lopak2 air tu kami redah je . dorang pulak konon block kete kitaorang kat depan . tapi my husband redah je . nasib baik tak terlanggar . aku dengan adam terdiam , kecut perut . adam macam terkejut sesangat , sebab kete laju dan tunggang langgang dek jalan berlubang . memang kitaorang dah tak kisah pun pasal kereta tu . 

kami pecut sampai la ke kawasan rumah-rumah orang , tapi moto tu masih lagi ikut . masuk jalan besar , masih lagi kejar . bila sampai kat bus stop , dorang masih jerit suh berhenti lagi . siap himpit kereta , walhal kereta banyak kat jalan . tapi my husband tak berhenti . aku memang pasrah je time tu . kalau ikutkan aku , aku berhenti je . takut kot . akhirnya dorang mengalah , sebab traffic dah slow time tu . sebab ada traffic light kat depan . dorang  lintas kete kitaorang . salah sorang dari mereka , rakam kereta kitaorang , seolah2 kami yang salah . lepas tu siap tunjuk lambang tembak pakai tangan lagi . nauzubillah ...

suami aku pucat , aku pulak speechless . mohon dijauhkan segala bala bencana dari keluarga kami .. ya Allah , terima kasih kerana jagakan kami tadi .. walau kami ini hambaMu yang selalu ingkar ..




No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers