Monday, June 13, 2011

Demi Bola


hari hari aku berlalu kosong . tidak ada pengisian . ilmu lama tak di bongkar . ilmu baru tak di cari . aku sendiri lalai . membiarkan hari berlalu menyapa aku “hai manusia rugi , aku pergi dulu ya “ . loser .

sabtu malam , aku dan suami keluar dari rumah , rumah yang aku tak berapa suka , tapi tak semestinya kita dapat apa yang kita suka kan ? pasrah di sini . bila dah lepas solat maghrib , kami tercari cari , mana tempat nak tengok tv ni .. rumah kami tak ada tv , kalau tak dah lama kami balik rumah . kesian kan . tengah gigih kumpul duet skang ni .. kami ke dataran atas shah alam , tapi sayang , skrin tutup . terpaksa ke icity , untuk pertama kalinya selepas parking berbayar di kenakan . ingat entri aku yang tak puas hati pasal parking kat sana ? meh baca kat cni . lagi sekali muka kami ketat , tapi terpaksa , demi bola .

memang ramai . cina india melayu nepal india sume ada . semangat 1 mesia sungguh ! kami terpacak di depan skrin besar , tapi berapa kerat je yang melayan bola . icity ternyata dah banyak tempat port . kedai sana sini . tempat snow pon ada . tapi masuk sume berbayar . memang ramai manusia kat sini . kalau tiba tiba ada bom jatuh dari langit memang beribu ribu rakyat Malaysia mati . ntah dari lubuk mana la dorang datang . sume dahagakan hiburan . kalaulah manusia tahu akhirat itu datang pada masa yang specific , mungkin sume berada kat umah , mesjid . subhanaallah .

aku plak pening di heret suami . “sila dukung boleh ? saya dah tua . dulu laen , sekarang laen” . tapi beliau acah acah je nak dukung . sabar je la . sebenarnya hati aku tak sabar nak balik rumah . ye la , tadi aku beli kerang kat my mydin sek 7 . nak balik rebus . dalam kepala otak dok ingat kerang lam kete je ni . bila dah cukup 15 minit kami jenjalan , kami ke skrin besar lagi , sambung tengok bola .

bila la nak abes bola ni ? sekali tambah masa la plak . aku tak abes abes tanya bape minit dorang ni maen . nasib baek suami sabar melayan . bila bola dah kalah , qlate 1 ganu 2 , kami terus balik rumah . sampai umah mandi rebus kerang makan then tido .

apa kesimpulan tuk hari sabtu ?

2 comments:

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers