Monday, August 27, 2012

Penangan Balik Hometown

selamat hari raya semua :)

bersiaran dari rumah . kelmarin lagi dah sampai rumah dari kelantan . tahun ni lama betul en hubby cuti . alhamdullillah , dapat spend masa lama sikit dengan family .

muhammad adam pun dah menginjak ke 5 bulan :) alhamdullillah .

sepanjang balik kampung , muhammad adam telah di gigit nyamuk dan semut . habis betis beliau keluar biji-biji dan merah-merah . ya Allah , rasa macam bersalah sangat .

alhamdullillah , hari ni merah-merah dah hilang , cuma yang tinggal biji-biji je .. semoga Allah hilangkan kesakitan muhammad adamku .. aminn

semalam pegi ikea , cari steamer muhammad adam untuk masak makanan beliau . alhamdullillah dapat . sampai kat sana lebih kurang sejam lebih , muhammad adam tetiba menangis . susukan beliau tapi macam tak menjadi . mungkin beliau nak tidur . dodoikan kejap tertidur di pangkuan . aduh muhammad adam , bikin ummu abu kalut je .. balik tu , terus steam buah pear tuk beliau . tak menyabar betul bila di suap . walhal baru 5 bulan lebih .




No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails