Monday, October 22, 2012

ya ALLAH , ampuni aku ..

alhamdullillah , bangun pagi tadi terkumpul sedikit kekuatan untukku meneruskan sisa-sisa hidup ini . terima kasih ya Allah di atas kesihatan ini .

alkisahnya semalam aku sangat tertekan dengan situasi aku sendiri . aku mengalami bengkak susu disebabkan masalah melecet . sebenarnya sakit ini sudah 3 hari , tapi aku masih boleh menahan sakit bila Muhammad Adam menyusu . tapi terpaksa bagi jarang-jarang . namun disebabkan bagi jarang-jarang itulah pagi semalam , aku bangun pagi dalam keadaan bengkak susu . ya Allah , berdenyut-denyut . bagi si anak menyusu , tersangatlah pedih gara-gara melecet tu . Muhammad Adam pula merengek nak menyusu yang belah sakit tu , sebab aku memang selalu tukar-tukar selang 3-5 minit . aku cuba perah , tapi susunya keluar sikit je .. bila aku tuam dengan air suam , tahan sikit sakitnya .. dan aku biarkan je .. set mind cakap benda tu tak sakit lagi ..

bertambah sakit lagi , aku sebenarnya ada ulser .. memang pedih sangat . ulser ni pun dah 4 hari bertakhta di dalam mulut ni .. tapi semalam membengkak .. dan lagi satu sakit , sakit kat bahagian tuuut , rahsia . sakit ni pun dah 3 hari sampailah hari ini .. ya Allah , kurangkanlah sakit-sakit ini .. hilangkanlah ia dariku ..

Muhammad Adam pula merengek tak tentu pasal . aku suapkan makanan , punya la menangis macam kena dera . nak berdukung je .. 1 kerja pun tak boleh sentuh .. aku pun stress .. dengan tak mandinya .. tak makannya .. rupa-rupanya Allah sedang menguji aku ..

pagi tadi , aku bangun dalam keadaan basah .. susu mengalir keluar .. tapi sayang , yang melecet tu masih tak hilang lagi , apa yang aku mampu , perah dan letak dalam botol bagi Adam minum . alhamdullillah , bengkaknya pun dah kurang ..

Adam pun dah tak meragam lagi .. cuba time suapkan makanan je beliau menangis .. oh Adam , kenapakah ?
wafer aiskrim satu !


No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails