Thursday, October 3, 2013

Creepy

"Abah, boleh tak kita pindah ke rumah baharu secepat mungkin?" tanya si anak.

"Kenapa pulak nak pindah?" tanya si abah acuh tidak acuh sambil membaca surat khabar.

"Pembantu rumah kata rumah ni berhantu," jawab si anak ringkas namun wajahnya jelas ketakutan.

Si abah tiba-tiba berhenti membaca surat khabar.Tanpa menunggu lama abah bingkas bangun sambil berkata, "Pegi kemas barang.Kita pindah sekarang juga."

"Eh, kenapa abah?" tanya si anak kehairanan.

Tanpa memandang wajah anaknya, si abah menjawab...

"Kita mana pernah ada pembantu rumah!



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails