Tuesday, February 18, 2014

Bermain Air Di I-City Water World Park , I-City Shah Alam

hari isnin lepas , kami tiga beranak pegi i-city . kengkonon dapat murah la kan , hari weekdays . sekali harga sama je .. hari biasa  RM35 untuk dewasa . hari minggu tak pasti . tapi aku rasa sama je harganya . 
sebenarnya aku cadang nak beli online . harga lagi murah , weekdays rm20 . weekend rm24 . murah kan ? loker pun rm5 je . kalau walk-in , loker rm10 . tapi disebabkan dalam akaun cuma ada rm10 je . selalu je tak teringat nak deposit duit untuk beli tiket ni , so kitaorang walk-in je la . ruginye lah hai . aku mana la ada gaji bulanan .. sosob

and hari isnin memang tak cadang langsung nak pegi . itupun disebabkan aku tengok hubby gaya macam bosan je lepak rumah . adam pun bosan je .. aku lagi la bosan . cuaca pun panas terik je so aku bagi la idea yang tak berapa nak bernas sangat . hubby pun setuju je bila tips on me .

parking dah rm3 , masuk waterworld rm70 . so total rm73 . bye bye money . tapi before sampai tu , singgah gerai jap , beli karipap rm2 , popia rm2 , air rm1 . bawak bekal kan . mesti lama kat dalam tu . tapi popia kami dah habiskan dalam kete , so tinggal karipap je .

makanan tak boleh bawak masuk langsung . security siap bukak beg lagi . pastu rasa-rasa lagi kat dalam beg tu . tapi tang karipap tu aku letak dalam beg tuk letak kain basah . pastu aku cakap beg ni untuk letak kain basah je . kat dalam ada botol air mineral . ikutkan security tu nak tengok . tapi aku cakap , aik , botol air pun nak tengok ke . pastu dia cakap , tak boleh bawak air yang bergula . hurmmmm . nasib baik lepas .

tampat main air tak banyak sangat . ada 4 tempat yang boleh main . tempat kanak-kanak , tempat ada ombak , tempat air bergerak ikut arus dan tempat ada jakuzi . jakuzi lah sangat . huhu . pastu tempat sliding ada 4 . aku tak main pun slide2 tu . tak minat . hubby minat , tapi dapat main 1 slide je . sebab yang lain kena naik 2 orang dan 4 orang . tak cukup orang nak main , sebab hari biasa kan . tak ramai orang . nak main yang 2 orang tu , tapi adam ni sape yang nak jaga pulak . tapi rasa macam rugi sangat sebab tak dapat naik yang tornado tu .. 

aku cadang nak beli online tiket jugak , time hari weekend . nak tengok ramai tak orang . pastu nak naik tornado tu sekali . kehkeh .

see , tangan adam . kecut habis . yang tempat kanak-kanak tu , air dia sejuk sangat . tempat lain tak sejuk langsung . 



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails