Thursday, September 11, 2014

Resepi Minyak Kelapa Dara


Persediaan menyambut cik baby yang kedua ini banyak aku dapat ilmu mengenai pemakanan dan amalan sunnah yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam. Dalam menggali ilmu vaksin, tetiba aku dikenalkan dengan natural remedies dalam mengatasi penyakit yang biasa dan luar biasa kita hadap di dunia ini. Alhamdullillah J

Langkah pertama yang aku perlu buat adalah homemade virgin coconut oil. Yang sebenarnya, aku pernah suruh bonda aku buatkan vco ini untuk aku semasa mengandungkan anak sulung.. tapi rupa-rupanya cara pemprosesan itu salah. Bondaku tersayang menghasilkan minyak ini dengan memasaknya di dapur.. so jadilah minyak kelapa, daranya dah hilang. So aku pun nak buat la hari ini. Aku tepek resepi dulu kat sini ye.

Minyak kelapa dara/vco  ini bukanlah untuk persediaan melahirkan anak sahaja ye adik kakak.. banyak sangat kegunaanya. Fungsi vco ini adalah untuk meningkat system imun dalam badan jadinya ianya tersangatlah elok untuk diamalkan oleh seisi keluarga!

MashaAllah , banyak sangat kegunaan vco ini!!

Resepi :
Kelapa parut 3kg – diperah sekali lalu (kelapa yang elok adalah kelapa sederhana, tidak muda dan tidak tua; sedang elok)

Masukkan santan tadi ke dalam bekas yang bertutup. Biarkan dalam masa 2-3 jam sampai ia terpisah pati dan airnya.. bila dah terpisah patinya, masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan bahagian atasnya. Bila dah keras, tebuk lubang dan keluarkan air lebihan itu. Pati tadi dibiarkan selama 24-36 jam dalam suhu normal. Jangan lupa tutup ye. Selepas itu, akan terhasil minyak dari pati tadi. Asingkan minyak dengan pati santan itu.


See, senang je kan nak dapatkan sesuatu yang semulajadi ? 

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers