Tuesday, October 14, 2014

Adakah Kita Benar-Benar Mencintai Rasullullah saw ?


Tersebutlah sebuah kisah..
.
.
Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya..
.
.
"Aku CINTA pada mu"
.
.
"Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu.."
.
.
"I Luv U..I really really love you"
.
.
Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur..
.
.
Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja...
.
.
Apabila tiba waktu siang..
.
.
Lain pula ceritanya..
.
.
~Cara isterinya tak betul..
.
.
"Cara awak masak nie tak betul, sebab tu tak sedap...Awak patut belajar dengan mak saya!"
.
.
~Penampilan isterinya memalukan..
.
.
"Fesyen baju awak nie tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya"  
.
.
~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya..
.
.
"Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan"
.
.
Dan apabila tiba waktu malam...
.
.
Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya
.
.
dan begitulah yg terjadi setiap hari..
.
.
bertahun-tahun lamanya..
.
.
sampai isterinya mati.
.
.
........
Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi..
.
.
bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita,
.
.
dengan setulus hatinya
.
.
sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..??
.
.
Sedangkan di siang hari,
.
.
kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya???
.
.
Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini,
.
.
Kita selalu dengar orang kata...
.
.
"Ya Rasulullah, aku cinta padamu.."
.
.
"Ya Rasulullah, aku sayang padamu.."
.
.
"Allahumma Solli A'la Muhammad"
.
.
"Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw"
.
.
Tetapi dalam masa yg sama,
.
.
Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,
 .
.
"Apalah dia pakai jubah pergi Tesco..""
.
.
Rimas aku tengok janggut dia""
.
.
Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!"
.
.
Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,
.
.
"makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa"
.
.
"nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la""
.
.
gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?"
.
.
Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..
.
.
"orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2""
.
.
anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak"
.
.
"sepupu bawak pakwe balik kampung?...biarlah...dia dah besar..pandailah fikir sendiri"
.
.
"mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua"
.
.
Kalau beginilah sikap kita..
.
.
Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti...
.
.
Nak tak Baginda saw  percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?
.
.
Nak tak Baginda saw mengaku yang kita nie umatnya?
 .
.
Tepuk dada, mari tanya diri sendiri..
.
.
~~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?
.
.
bak kata omputih.."Action speaks louder than words"
.
.
Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sunnahku, dia mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga".

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers