Saturday, October 11, 2014

Pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani


Pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan :

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu; "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu; "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu; "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baij dariku."

4) Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu; "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5) Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu; "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

"Wahai orang orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum mengolok olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok olok), dan jangan pula perempuan perempuan (mengolok olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok olokkan). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar gelar yang buruk. Seburuk buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang orang yang zalim." [al Hujurat, 49:11]

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers