Monday, November 3, 2014

Check-Up Lagi

tadi pergi rutin check-up babyZ. hati memang tak berapa nak senang. semalam pergi pasar malam, beli buah delima sebiji, rm9. nampak luaran macam cantik je, macam comel je. tapi dalaman lebam. memang tak boleh percaya la barang pasar malam ni. isi pun tak merah-merah delima. aishh. tak leh lawan MBG jugak!
minggu lepas memang tak banyak makan makanan berkhasiat. kurma pun dah habis, susu segar pun tak berapa nak segar. stok kehabisan. selera makan pun kurang. memang pergi check-up tak kena pada masa. tahu resultnya? hb ku turun.. dan yang paling sadis, tak sampai 11. tak memasal pen merah. berat aku pun naik 1.4kg je dalam masa 4 minggu. sebenarnya aku dah tak larat nak angkat badan ni.. dah rasa berat sesangat.
risau. ye, aku dah 36minggu. macamana babyZ kat dalam? Allahu.. berikan kesihatan yang cemerlang untuk anak-anakku ini..
si abang long pulak, tak menyabar nak tunggu babyZ keluar. tidurnya kena peluk baby dulu baru lena. time main kereta, pegi letaknya sume keta2 dia tu atas perut aku. katanya babyZ nak main keta. sabar ye long.. ummi pun tak sabar jugak ni.. babyZ kita pun tak sabar nak keluar. selalu sangat perut ummi kena tendang kuat2. cepat2 kuar ye cik baby.. kami tunggu!!

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails