Wednesday, November 12, 2014

Special untuk MUSLIMAH. ~


Okay, ambe nak share apa yang seorang ustaz share :

Muslimah, bentuk BELAKANG badan kalian pun boleh menggoda lelaki.
Muslimah, jangan tangkap gambar belakang badan lalu 'publish' kepada khalayak. Ada sebahagian muslimah berpendapat, tidak mengapa letak gambar belakang badan asalkan bukan wajah dan bahagian hadapan badan.
Aljawab, tubuh wanita itu adalah aurat, baik di hadapan mahupun di belakang. Bahkan bagi sebahagian orang, belakang wanita itu lebih menggoda kerana itu sunnah melarang orang lelaki berjalan dibelakang wanita dan melarang wanita berjalan dihadapan kaum lelaki serta ditengah-tengah jalan.
Ada hadith menyebut Rasulullah Salallahualaihiwassalam mengarahkan kaum wanita yang dijalanan dengan bersabda :
اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ عَلَيْكُنَّ بِحَافَاتِ الطَّرِيقِ
"Mundurlah kalian, kalian tidak berhak berjalan di tengah jalan, berjalanlah di pinggirnya.”
[Riwayat Abu Daud]
Pemikiran lelaki dan wanita tidak sama, lelaki memandang wanita sebagai pemuas nafsu dan pemberi nikmat sedang wanita memandang lelaki sebagai pelindung dan pemimpin.
Justeru wajah wanita, bahagian dada, bahagian pusat ke bawah, bahagian belakang badannya semua berpotensi mengundang godaan kepada lelaki dan imaginasi seksual yang merangsang sehingga jika lelaki gagal mengawal diri mereka maka yang menjadi mangsa adalah wanita juga.
Baginda rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.”
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
P/s : Ambe harap kepada muslimah-muslimah diluar sana, jangan ambil ringan tang ni. Ini soal MARUAH! Alhamdulillah, ALLAH hadirkan seseorang untuk ingatkan ambe kembali dan ambe sampaikan dekat mereka di luar sana. Ambe tahu niat 'dia' tegur kita tanda caring nya dia dekat kita, bukti sayangnya 'dia' dekat muslimah-muslimah di luar sana. Manusia ni pelupa. Kadang-kadang kita ni terlepas pandang that's why lah kena saling ingat mengingati. One more, kita ni muslimah akhir zaman atau lebih kepada remaja akhir zaman. Jangan pernah tertipu dengan permainan dunia, muslimahku sayang. 
Maafkan salah silap.
Semoga ALLAH redha.
Salam sayang. 
Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers