Wednesday, November 12, 2014

* Wake up call from Allah *


Kalau kita tidur dan ada orang kejutkan, apa maknanya?
Dalam bahasa mudahnya kalau ada yang kejutkan kita time tidur maknanya kita ada sesuatu yang perlu kita lakukan masa berjaga. Betul?
Kalau kita ada perkara penting nak buat dan orang lupa nak kejutkan kita, agak agaknya apa yang jadi?
Agaknya sampai ke pagi kita lena dan terlepas nak buat perkara penting tu.
Macam tu jugak la dengan tarbiyah dari Allah. Ujian! Itu jam loceng atau penggerak kita.
Manusia itu memang sifatnya lalai, leka, rasa cintakan dunia, sibuk nak kumpul duit. Yang paling dasyat ada yang langsung tinggalkan agama demi dunia. Membelakangkan Allah sebagai tujuan dan matlamat hidup.
Jadi bila Allah bagi ujian kepada kita, apakah tandanya?
Allah benci kita ke? Allah nak susahkan kita ke? Allah nak kita lemah ke? Allah nak kita berputus asa ke?
Surah Al-Ankaboot, Verse 2:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Do men think that they will be left alone on saying, We believe, and not be tried?
Surah Al-Ankaboot, Verse 3:
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
And certainly We tried those before them, so Allah will certainly know those who are true and He will certainly know the liars.
Bila manusia tu sibuk himpunkan dunia, Allah datangkan ujian pada kita. Allah nak kita sedar sebenarnya banyak lagi benda penting yang kita perlu buat untuk capai kenikmatan yang kekal.
Bila kita dah "lena" lama sangat dalam dunia ni Allah hantarkan sesuatu untuk kejutkan kita. Kejutkan kita bukan untuk terus lakukan kemurkaan tapi untuk kita lakukan lebih banyak kerja kerja akhirat. Kerja yang boleh bagi kesenangan yang hakiki pada kita.
Dugaan yang Allah bagi tu sememangnya adalah tarbiyah yang terhebat. Manusia kalau menegur kadangkala ada unsur unsur nak sakitkan hati, perli dan tak dinafikan ada yang memang ikhlas kerana Allah.
Tapi kalau Allah yang tegur, sememangnya Dia nakkan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang. Iaitu kehidupan akhirat.
Tapi yang paling sedih dengan manusia bila Allah dan "kejut" tapi dia tidur balik. Seronok sangat nak tinggalkan mimpi tu. Padahal apa yang ada dalam mimpi walhal benda indah sekalipun tetap ianya sesuatu yang sia sia.
Sekarang ni kita perlu susah hati kalau mata payah nak menangis bila kita seronok dengan dunia. Perlu susah hati dengan hati yang kejar cinta makhluk. Perlu susah hati dengan jiwa yang langsung tak kisah bila meninggalkan amalan amalan agama.
Jangan tanya kenapa 1 hari nanti hati hati yang mati itu bangga dengan melakukan maksiat. Bangga dengan mendiamkan maksiat.
Bila Allah bagi ujian jangan mengeluh. Ucapkan alhamdulillah. Sebab Allah nak kita sedar dan berada dalam jalan yang betul semula.
Dalam Surah Al Ankabut ayat 2 dan 3 Allah ada sebut beberapa perkara. Hanya dengan ujian keimanan seseorang boleh bertambah dan berkurang. Hanya dengan ujian manusia lari dari Allah. Hanya dengan ujian manusia boleh jadi pencinta agama. Jangan pernah cakap kita beriman selagi tak diuji.
Ujian bukan tanda lemah. Bukan bukan tanda disusahkan. Tapi ujian adalah panggilan Allah buat hati hati terpilih untuk tetap terus berada dalam kasih sayang dan lindungan Allah.
Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Perkasa. Dipanggil hati hati hambaNya yang jauh untuk dekat kepadaNya kembali. Subahanallah.
Orang yang menganggap ujian itu bebanan maknanya dia tak faham konsep apa yang diajarkan Al Quran.
Orang yang redha dan sabar dengan ujian adalah orang orang yang berutung kerana sifat redha itu adalah sifat orang yang kembali pada Allah.
Al Fatihah untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers