Tuesday, April 28, 2015

Belajar SYUKUR daripada buah tembikai.

Salam maghrib..

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai( ada 'orang'  dia panggil timun Cina 😊).
...
Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya..:
"Eei..tawarr". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 
Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "itu Saya taula"
Suami: " pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Herm, ok. Awak rasa Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka juga ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya:
" Ketika pemborong(aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agak2nya lah ingin menjual yang manis atau yang tawar ye?"
Isteri: "Mestilah yang manis bang"
Si suami diam sejenak.....
Kemudian dia menyambung.
" kalau awak jadi pekebun yg menanam tembikai, adakah awak mahu tembikai yang tumbuh nanti tu tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang macam mana yer... !?"
Isteri: "Mestilah saya ingin yang manis. Habis tu buat apa saya merungut,, kalau saya nak yg tawar!
Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum ^^, pada isterinya. Lalu dia berkata:
" pelikkan?? diwaktu ketika semua orang inginkan buah yang manis.. tapi sebaliknya pula yang berlaku.Buah itu tetap tawarkan! Sayang tak rasa pelik ke?" ^^,
Isteri orang soleh itu terdiam
abang nak tanya,
"Awak
Marahkan siapa sebenarnya ?
'ketika awak marah,merungut tentang rasa tembikai yang tawar td, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar , Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli?, atau penjual yang menjual atau 'awak yang membelah' atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"
......
......
......
( jangan ikutkan sangat emosi tu, jagalah lidah awak tu,  )
.___.___.___.___.
P/s : ☝
Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.
Itu ada adab yang nabi Muhammad s.a.w ajarkan kpd kita.
. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak. Kan??
🌹Semoga bermanfaat🌹

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails