Tuesday, April 28, 2015

Cemburu.

pernah dulu aku borak dengan seorang sahabat, tiap kali mendapat berita tentang kematian pasti dia akan termenung jauh, aku tanya dia, kenapa kau termenung? dia membalas, kadang aku rasa cemburu lihat orang yang sudah meninggal, urusannya dengan dunia sudah tamat, tak perlu risau dengan dunia, yang fitnah yang melata lagi beraja, tak perlu risau dengan fitnah akhir zaman dan bertemu dengan raja segala fitnah dajjal al masih, aku cuma merenung jauh, bertanya kembali, apa kau sudah berputus asa dengan hidup? tak, pantas menjawab, aku tak pernah sekali putus asa dengan hidup, kerana aku tahu jika aku putus asa dengan hidup, aku juga berputus asa dengan rahmat dariNya, selama mana aku masih bernyawa, aku hidup untuk Dia, dugaan dan ujian mendatang mendekatkan aku dengan Dia, aku takkan mengeluh, takkan sekali dan arah aku cuma satu,
sama sama kau aku dan saudara sekeliling kita, beringat sentiasa berpesan sesama kita, kita makhluk Dia, dunia sementara jangan leka, fitnah beraja sama sama kita siap siaga sedia, aku renung jauh lagi,
hela nafas sisa yang masih berbaki,

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers