Tuesday, April 28, 2015

Kata-Kata UAI Tentang Kaum Hawa


.
.
 Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan dibakar di Api Neraka.
.
.
 Perempuan jika ada boyfriend Yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahanam.
.
.
 Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiah hari sebelum tidur.
.
.
 Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi selain suaminya.
.
.
 Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.
.
.
 Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
.
.
 Perempuan mudah rebah dengan lelaki yang mudah menggubah kata-kata.
.
.
 Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.
.
.
 Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya.  Dialah bidadari suaminya di dunia dab permaisuri agung di Jannah.
.
.
 Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
.
.
 Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
.
.
 Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan kaum lelaki di dunia.
.
.
 Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam.
.
.
 Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
.
.
 Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
.
.
 Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
.
.
 Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
.
.
 Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
.
.
 Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails