Saturday, April 11, 2015

peringatan

Air mata berderai semasa dalam perjalanan tadi, bila lalu disebuah kolej tadi lihat anak-anak remaja perempuan pakaian sexy tengah menari ramai-ramai dengan aksi pelik. Dengan ada lelaki yang menonton. Mereka sambil-sambil jer tepi kolej mereka.
Saya beri salam pada mereka. Saya tanya adik yang lelaki. Adik tahu tak masjid.... Di mana masjidnya yer. Mereka kata agaknya yang depan tu ler abang. Boleh tak abang cakap sikit. Jawabnya boleh jer abang.
Satu hari Ali ra lihat Nabi saw tersenyum. Ali ra juga senyum kerana lihat Nabi saw senyum. Nabi saw ceritakan sebabnya. Allah tunjukkan pada Nabi saw mengenai 2 orang manusia yang berdosa. Orang pertama setelah dibentang dosanya. Allah perintahkan dia masuk neraka. Dia berlari masuk neraka.
Orang kedua pula ditunjukka dosanya. Dia juga diperintah masuk neraka. Dia perlahan-lahan menuju ke neraka. Dia kedepan kemudian melihat-lihat ke belakang. Allah panggil kedua-duanya. Allah tanya sedangkan dia maha mengetahui. Kenapa berlari menuju neraka. Jawabnya dulu dia menyesal ingkar perintah Allah dan dia kena masuk neraka yang amat panas. Jika hari ini dia ingkar lagi dia takut Allah murka lagi dan masukkkan dalam neraka yang lagi panas.
Orang kedua ditanya kenapa perlahan-lahan masuk neraka. Dia jawab ibunya, tidak akan biarkan dia dibakar. Bila dia salah ibunya akan maafkannya. Dia tahu dia teramat bersalah, tapi dia benar-benar harap Allah panggilnya dan maafkannya.
Akhirnya Allah maafkan keduanya dengan gembira dan perintahkan keduanya masuk syurga. Nabi saw juga gembira. Nabi saw gembira sebab manusia selamat dari neraka. Apa yang gembirakan hati kita? Apa yang menyedihkan kita? Indahnya jika merasai apa yang Nabi saw rasai. Cinta bahagia sejati. Cinta yang tulen.
Adik sedar tak Allah maha pengampun. Banyak mana pun dosa kita. Dia sayang kita. Dia nak kita masuk syurga. Dia bukan nak azab kita. Tapi kita yang degil dan langgar perintah Allah.
Dia tanya ustaz, bukan senang masa muda ni. Dah tua senanglah..nak juga jadi baik tapi susah.
Sebenarnya adik bila hati kita hidup. Masa umur 9 tahun pun kita akan jadi manusia yang taat. Bila iman dalam hati. Bila cinta Allah. Bila tak berusaha untuk iman, ada yang umur dah 100 tahun pun belum tentu boleh taat. Ramai orang yang kata tunggu dah stabil dan dah ada semua baru senang nak buat baik.
Saya baru lihat seorang anak muda 17 tahun. 18 tahun.19 tahun yang memeluk Islam. Mereka ada yang dihalau, ada yang dimarah, susah dan keluar rumah sehelai sepinggang. Tapi kerana iman mereka tempuhi semuanya. Itulah manisnya iman. Kita sedar dan taat perintah Allah. Ni no telefon abang. Nanti jemput datang masjid. Nanti pape jumpa di masjid.
Mereka bergenang air mata. Saya lagi bergenang. Kerana ia membuat saya bertambah rindukan Nabi saw. Tiada daya upaya melainkan kuasa dan kudrat Allah - Ebit Lew

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers