Friday, June 19, 2015

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM..

Pengisian saya hari ini berkisarkan realiti. Yg mgkin berkaitan dgn awak, saya, mereka, dia, mgkin juga semua.
Mari duduk rapat2, genggam erat hati sahabat2 dan tarik nafas sedalam2nya.
skrg, bayangkan:
1. Earphone. berbagai warna, ada yg comel, pd earmuff terdapat icon seperti hello kitty, Maru, atau mgkin juga imej kpop singer pilihan anda.
2. Bilik. Nah, bilik yg masing2 ada citarasanya. ada yg klasik, ada yg girly semuanya pink atau purple, tak mustahil juga dlm diam ada yg blackmetel, bilik serba rock, ada yg indie, muslimah dan berbagai lagi.
3. Kita. Bersama kedua-dua itu. Earphone, dan bilik.
4. Duduk di atas katil. On lagu yg tersimpan dlm smartphone, sumbat earphone dlm telinga, daydreaming.
Pasti anda familiar dgn situasi ini, bukan?
5. Ibu panggil, tak dengar.
6. Ayah panggil, tak dengar.
7. Adik panggil, tak dengar.
Setelah satu jam kemudian, keluar dari bilik, makanan tengahari telah sedia terhidang dan barulah kita perasan kita tidak sempat menolong ibu masak di dapur. Ibu pula mencekak pinggang lihat kita yg terkebil2 keluar dari bilik. Oh no!
"Ah, esok aku akan ubah semua ini!"
azam mula membara. geram pula masa berlalu begitu sahaja dgn lagu.
"Mesti! Esok malas nak dgr lagu lagi."
---------------
Tiba keesokan hari sebelum bangkit subuh, sedang badan masih di katil dan mata belum terbuka penuh, terkenyit2 tatkala akal memujuk bangun, tangan dah laju meraba meja sebelah katil. 'Handphone.. handphone..'
tengok jam. 'oh awal lagi..'
buka whatsapp.
buka wechat.
buka twitter.
scroll scroll scroll.
----------
Alamak! dah 6.45! kecundang lagi. akhirnya kitaran masa sama juga.
belum lagi yg lepas solat subuh tidur balik. bangun dah pukul 9 pagi. 10. or worse, pukul 12 yg matahari dah tegak kt atas kepala!
Apa nak jadi lah anak dara!
Pulak tu bukan nak terus mandi! Disumbat lagi earphone di telinga dgn alunan lagu, kepala bergoyang konon nak cari 'feel' supaya segar. headbanging headbanging, 1 jam, 2 jam berlalu begitu sahaja.
-----------------
saya yakin, semua pernah atau sedang melalui fasa ini. fasa dimana kita masih sukar meninggalkan gajet, masih sukar meninggalkan habit keduniaan.
Tidak hairanlah muslimah2 ini meski join usrah, masih galak dgn konsert BigBang, infinite, Superjunior, dan sewaktu dgnnya.Masih pelahap dgn drama2 cinta ygt saban hari makin mengarut ni!
oh sahabat....
Pernahkah anda dengar? Yg haq akan selamanya haq sedang yg batil akan selamanya batil.
Tidak akan bercampur yg haq, dgn yg batil.
Mustahil kita akan cinta Al-Qur'an apabila sarat mendengar lagu, mustahil kita akan cinta Allah apabila hati sarat menggemari Luhan EXO...
Maka terjawablah persoalan mengapa begitu sulit utk khusyuk kepada Allah dan ibadah.
Sahabat,
Renungkanlah syair para hikmah ini,
"Aku tangisi zaman muda yg sudah pergi. Wahai kiranya muda, bilakah kembali lagi kepada kami? Sekiranya muda dpt dijual, akan aku bayar pada penjualnya berapa harga yang dia kehendaki. Tetapi masa muda itu, apabila sudah pergi jauh, ia tidak akan dapat dicapai lagi.."
Waktu adalah sesuatu yg berharga utk org yg berjaya. Imam Syafie membahagikan masanya 1/3 utk menulis, 1/3 utk beribadah dan 1/3 lagi utk tidur.
kita?
2.5/3 utk headbanging.
0.5/3, tidur.
*tunduk tengok kaki kuis2 tanah*
Surah Al-'Asr:
"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dgn kesabaran."
1. KERUGIAN.
ruginya kita ber- headbanging. Rugi, rugi rugi. sedang muslimah sejati di luar sana sdg sarat manfaatkan masa, ilmu, tenaga mereka sehingga bidadari mencemburui mereka.
Sedang kita?
Bergoyang kepala ikut rentak. Download cerita Korea, Hindustan, Melayu. Masa seharian habis marathon hiburan saja!
Usah kata bidadari, malaikat juga kalau bukan kerana tugasnya memantau manusia, tidak ingin agaknya mereka melihat kita.
2. KECUALI YG BERAMAL SOLEH
24 jam sehari berpuluh kerja kita boleh buat. Sudahkah kita plan masa kita utk esok?
sudahkah kita catat amal kita sepanjang hari ini?
atau kita biarkan begitu sahaja, leave it to Raqib & Atid catat segalanya?
Tolong ibu masak.
Soleh.
Urut ibu bila penat.
Soleh.
Diam tunduk tatkala ibu membebel.
Soleh.
Siram pokok yg ibu sayang.
Soleh.
Siapa kata amal soleh cuma solat dan sedekah? Siapa kata nak beramal soleh perlu keluar dari rumah?
Sering kita lupa bahawa Ibu & ayah kita boleh jadi Syurga, boleh jadi Neraka kita.
Kenapa perlu fikir yg susah2 nak jihad fisabilillah sedang ibu ayah terabai di rumah?
No wonder hijrah tak istiqamah. Yg mudah disusahkan.
Yg utama diketepikan, yg tambahan pula didahulukan.
Sahabat,
Yg Pertama itu Allah,
Yg Kedua itu Rasul-Nya,
Dan Yg Ketiga itu lah, orang tua kita.
Jangan lupa tu.
3. BERPESAN-PESAN.
Pesan lah.
Nasihat lah.
Tegur lah.
Sungguh, manusia fitrahnya lupa. Tidak akan kuat hamba Allah itu tanpa teguran dan nasihat.
Sebulan tanpa hikmah, hati mati.
Nescaya berpesan2lah. Ya, manusia tidak sempurna. Mgkin kita tidak cukup baik, tapi jangan jadikan itu alasan utk tidak ambil peduli pd org lain.
Kubur masing-masing? Benar. Tapi siapa yg galikan kubur itu? Adakah mayat itu sendiri?
'Saya bukan budak baik'. Benar. Tapi adakah Allah telah membuka aibmu pd sahabat2mu? La'.Tangismu dan lemahmu hanya Allah yg tahu.
'Tapi mana mungkin saya suruh org lain beramal sedang saya pun tak cukup amalan?'
Benar. Kita masih lemah mengamalkan semua yg kita tahu. Masih merangkak, masih terkial.
Sahabat, tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Tidak dapat buat sepenuhnya apa yg kita tahu, jangan pula kita tinggalkan juga kebolehan kita menyampaikan apa yg kita tahu itu.
😊
Apa solusi utk kelalaian kita ini, keasyikkan headbanging kita ini?
😢
Mari sahabat, genggam erat tangan saya.
1. Ucapkan bismillah.

2. Kosongkan hardisk itu. Kosongkan media telefon itu. Kosongkan mp3 itu, Tab itu. Cerita, lagu, apa2 berunsurkan hiburan, hentikanlah.
Tak cukupkah kita sekutukan perhatian kita pd Allah dgn dunia ini?
Tak cukupkah kita, menggunakan nikmat sihat & waktu lapang yg telah Allah hadiahkan ini, utk perkara yg langsung tak ada kena mengena dgn Dia, yg telah banyak BERSABAR dgn kita?
Kosongkan kesemuanya!
3. Menangis lah meski terobek hati itu. Menangis lah.
menangis lah 😂
4. Tutup telefon itu. Berikan lah earphone itu pada ibu.
'ibu, pegangkan saya punya ya. saya takut nak lalai lagi...'
😂
5. Ambil wudhu'.
6. Bukalah Al-Qur'an.
Jika hati masih keras, bukalah laptop atau radio. dengarkan lah ceramah yg mampu mencairkan jiwa yg keras ini. dengarkan lah.
7. Berzikirlah sehingga menitik air matamu.
8. Muhasabah lah.
9. Solat sunat awwabin.
Tahukah anda ada satu jenis solat yg khas utk menjaga iman?
Solat Sunat Awwabin. Tempoh utk menunaikan solat ini adalah selepas solat maghrib sehingga solat isyak. 6 rakaat 3 kali salam.
Tak semua kuat utk bangun qiyam, jd amalkanlah awwabin yg semudah2 solat. hanya nafsu yg membuatkan ia usah.
mujahadah lah, inshaa Allah iman terjaga dgn kebiasaan solat awwabin ni.
10. Rancanglah waktu. Muwasaffat Tarbiyah yg ke 3 adalah 'bijak menguruskan waktu.'
bukan hanya memanfaatkan waktu, malah merancang sebelum memanfaatkannya.
fail to plan, plan to fail, right?
skrg, cuba adakan buku khas utk jadual harian kita. dah buat, ikut. kalau fail ikut, buat iqob.
iaitu, denda. Iqob adalah satu benda yg boleh meng-confuse kan syaitan.
sbb, iqob adalah denda yg baik.
cth, harini tak baca quran sehelai. maka esok harinya, denda.
denda double page quran utk dibaca esok. 5 page tinggal, denda jadi 10 page.
cth lagi, harini tidur lepas subuh, kecundang. Maka denda, solat sunat sebelum subuh complete dgn triple page Al-Qurany selepas subuh. kalau biasa kita baca 2 page, darab la dgn 3. jadi 6. kalau lebih? ha ambik, siapa suruh smlm tidur. baca la smpai tak dpt tidur balik.
bila kita buat mcm ni, inshaa Allah syaitan makin susah nak hasut kita sbb, makin kita lalai, makin bertambah pula amalan, kan?
------------------------

Sahabat, memang. permulaan tak pernah mudah.
Ibarat kita mendaki gunung, gunung yg tinggi penuh pancaroba.
kadang ketika mendaki gunung kita terjatuh tergolek, luka lah kaki dan tangan. Sakit...
Tapi kita naik lagi.
Kadang kita daki keseorangan, lalu dikejar serigala. Digigit dan dilawan, takut... sakit...
Tapi diteruskan juga.
Sehinggalah smpai ke destinasi. Bersamat luka yg berparut di badan ini, akhirnya dapat juga lihat pemandangan yg subhanAllah cantik... sehingga lupa penat lelah dan sakit.
Bagai menitik airmata gembira melihat keindahan yg hakiki.
Bayangkan jika kita biar diri kita jatuh, biar dibaham serigala tanpa rasa nak bangun kembali,
mungkinkah dpt kita menggapai kemenangan seperti itu?
-------------------
La'...
Sahabat, selagi mampu berubah, berubahlah. Selagi dapat hidayah, genggamlah.
Kerana kita tidak tahu apakah keadaan kita saat ditarik nyawa,
tidak juga tahu jika ibadah kita selama ini diterima...
Berdamailah dgn Allah.
Sekiranya masa adalah pedang, semoga kita lah pahlawannya yg menggenggam pedang itu,
memotong segala halangan yg ada. dengan izinNya.
   
Selamat berubah, wahai sahabat. Semoga kita berjiran di Syurga.. Amin.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails