Tuesday, December 1, 2015

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

Salam....

☎️Sy slalu mmbantu  proses mandikan dan kafan jenazah ahli kluarga.

sy nk tanya

🅰apakah bacaan trtentu yg dbacakan pd masa trsebut...??

#sy tolong sabunkn/gosokkan badan jenazah/kafankn/angkat k pngusung@tmpt mndi jenazah

Jawapan

➡️ Mula2 :

👉lembutkan sendi2 jenazah dgn menggunakan minyak atau apa2 air yg biasa digunakan

➡️ Dimandikan

👉dlm sehelai kain sarung yg nipis supaya air boleh  menyerap masuk

➡️ kosongkan kandungan najis dgn beristinjak..caranya..

👉 Dudukkan jenazah

👉 Masukkn jari yg berlapik kain  ke dlm dubur sementara tgn yg satu lagi menekan nekan bahagian ari ari dan perut sambil

membaca :

" نويت الاستنجاءمن الميت فرضا على الله تعالى"

📝"Sahaja aku menyucikan drpd mayat ini fardhu atasku kerana Allah Taala"

➡️ Niat ketika mula mandikan bahagian kepala..

"نويت الغسل لهذاالميت فرض ااكفايةلله تعالى "

📝"Sahaja aku memandikan mayat ini fardhu kifayah kerana Allah Taala"

➡️kemudian ,

👉basuh seluruh muka dan lehernya dgn air yg dicampur serbuk daun bidara atau sabun.

➡️ Semasa membasuh lambung kanan bahagian hadapan meliputi bahu , ketiak , tgn kanan , dada, rusuk , perut , kemaluan dan terus ke bahagian kaki kanan serta membaca doa..

" غفرانك يا الله ربنا واليك المصير"

📝" Mengharapkan pengampunan Mu Ya Allah, wahai Tuhan kami dan kepada Mu kami kembali "

➡️ kemudian palingkan jenazah ke sebelah kiri dan baca doa ..

"غفرانك يا رحمن ربنا و اليك المصير"

📝"Mengharapkan pengampunan Mu yg Maha Penyayang , wahai Tuhan kami dan kepada Mu kami kembali"

➡️ semasa mandikan sekali lagi dgn air kapur barus keseluruh badan..bacalah..

"غفرانك يا رحيم ربنا و اليك المصير، لااله الا ا لله وحده لا شريك له، له الملك و له الحمد يحي و يميت وهو على كل شيء قدير"

📝" Mengharapkan pengampunan Mu yg Maha Penyayang wahai Tuhan kami dan kpd Mu kami kembali. Tiada Tuhan melainkan Allah Yg Maha Agung, tiada sekutu bagiNya , bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian yg Menghidupkan dan Yg Mematikan dan Dia Yg Maha Berkuasa atas segala sesuatu "

➡️ sunat

👉mewudhukkan mayat selepas mandikannya dan berdoa...

" نويت الوضوء المسنونة لهذا الميت"

📝"Sahaja aku berwudhuk yg disunatkan bagi mayat "

➡️ Sebaiknya puan rujuk dan belajar drpd guru2 agama diluar sana utk penerangan yg lebih lanjut dan lebih jelas.

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
📝by: @Asmahan_Hurzaid
📮by: azyan

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails