Monday, October 17, 2016

Meniaga Macam Ni La

Allahu akbar, memang terkesan sangat bila ada cikpuan semua mintak diskaun.

Sebenarnya harga tudung yang kami letak ini adalah harga yang paling reasonable. Kami ambik untung tak sampai separuh harga modal pun. Paling banyak untung RM10 sehelai. Itu pun rasa bersyukur sangat2. Kadang2 rasa macam nak bagi percuma je, sebab bila cikpuan pakai tudung labuh, automatik kita yang menjual ni dapat pahala.

Pernah pegi butik, ada jual tudung mesir. Harga dia RM40 cikpuan. Terkejut. Tapi bila fikir, mana nak cover modal, mana nak cover sewa kedai, mana nak cover gaji staff. Sebab tu la harga cecah 40. Itu harga dekat kedai. Cikpuan kena drive kereta sendiri. Kos pergi dan balik semua cikpuan yang cover. Tapi kena bayar lebih jugak?

Online pulak, harga tudung RM26, mintak cikpuan cover postage RM7, upah tailor kelim tepi RM3.50. Total RM36.50. Untung kita dapat paling banyak RM10, tolak duit minyak pegi pos ofis. Ada tol pulak tu. Masa beratur lagi. Eh, plastik poslaju pun kena beli. Wah, banyak pulak kos yang perlu di cover. Nasib baik kita tak buat photoshoot, nak kasi gambar tudung cantik. Agaknya berapa la kos yang kita kena cover?

Tapi takpelah, yang penting, kita ada cikpuan, cikpuan happy, kita lagi la happy.

Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails