bagaimana aku boleh hidup seindah ini? aku cuma cukup kasih sayang ibu. maka cukuplah untuk aku hidup sempurna seadanya. hurmm, bercakap pasal ibu dan ayah, apa jawabnya kalau aku ringan mulut bertanya, indahkah kasih seorang ayah pada anaknya? apa agaknya jawab kalian? aku benar-benar ingin tahu. kerana aku tak pernah merasakan belaian kasih seorang ayah. ah, di saat ini air mata aku jatuh.lemah. mungkin ada hikmahnya kan, Tuhan itu maha adil. patutnya aku bersyukur, jika di bandingkan dgn anak-anak yang x pernah tahu siapa ibu dan ayah mereka. aku cukup bertuah di saat ini. hurmm, kenapalah ayah tak ingin mengenali aku ini? menyesalkah beliau akan hadirnya aku ke dunia ini? hina sangatkah kelahiran aku?
ibu tersayang, semangatnya kental,tak pernah berputus harapan. berserah pada Tuhan. hingga aku sudah dewasa. hingga boleh menulis begini cantiknya susunan bahasa. haha. aku bertuah punya ibu yang sangat sempurna. terima kasih Tuhan!
wah, banyaknya aku perlu tahu tentang dunia!
No comments:
Post a Comment
apa kata anda ?