Tuesday, April 20, 2010

19 april 2010, 10:03 am, rumah ibu


Apa yang aku impikan. Apa yang aku mahukan. Apa yang aku dambakan. Cuma BAHAGIA. Aku tak ingin lebih dari itu. Aku tak mahu lebih, aku cuma mahu segala-galanya.
Matlamat utama aku, BAHAGIAKAN IBU. Mampukah aku bahagiakan beliau dengan kudrat aku? Aku sendiri tak tahu. Tapi aku perlu yakin pada diri sendiri. Aku tekad. Akan ku buktikan pada diriku sendiri.
Ya Allah, bersamalah hambaMu ini. Iringilah kehidupan hambaMu ini. Berikanlah keberkatan pada hambaMu ini. Aku mohon sepenuh hati. Sesungguhnya Engkau maha penyayang dan mengasihi. Ampunilah dosa-dosaku ya Tuhanku..
Tiada siapa lagi yang cukup berharga bagiku selain ibu. Tiada siapa mampu menggantikan tempatnya untukku. Sungguh aku tak mahu kehilangan beliau.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers