Tuesday, April 20, 2010

20 april 2010, 14:31 pm, rumah ibu

Ehem. Sambil menikmati pengat nangka buatan sendiri. Sementara menunggu suam-suam kuku, apa kata aku berblogging.
Panasnya dunia ni kan. Dah 3 hari aku kat kampong, tak jugak merasa sejuk di tengahari. Panas sungguh. Asal petang je menggelupur kepanasan. Baju dah entah ke mana. Hurmm. Renungkan di sebalik situasi ini. Panas di dunia ni kita dah cukup terasa bahangnya. Apatah lagi panas di akhirat seperti yang terlakar di setiap ayat-ayat Allah? Astaghfirullhulazim. Ampuni dosaku Tuhan. Aku hambaMu yang sangat lemah.
Malam tadi. Kami berdua bercakap pasal tanah pesaka, susulan dari abangku yang baru pulang dari kampong, berbekam anaknya yang sakit. Di bawanya berita dari kampong, khabar tentang tanah-tanah peninggalan arwah nenek. Apa hukumnya menipu harta dan memiliki harta anak yatim? Kenapa di dunia ni masih ada insan yang pentingkan diri sendiri ya. Padanlah usia yang tua, cukuplah berperangai tak berhati perut. Cukuplah manusia. Hentikan. Syaitan, larilah dari orang tua itu. Pergilah engkau durjana! Berikan dia masa untuk beribadah. Biarkan dia muhasabah diri. Ya Tuhan, aku mohon. Bukakanlah pintu hatinya. Berikanlah hidayah kepadanya. Hindarinya dari menambah dosa.
Tak dapat aku bayangkan, bagaimana panasnya api neraka. Besarnya kuasaMu Tuhan. Sungguh, aku tak dapat bayangkan.



Sungguh aku menyedari semua itu. Aku tahu. Tapi aku masih alpa dengan dunia. Aku masih dengan dosa-dosa kecilku. Aku masih dengan mainan dunia. Argh! Kenapa aku tak kuat? Kenapa aku ikutkan jua kata-kata makhluk yang durhaka kepadaMu? Dan jawapannya, ada pada diriku.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails