Tuesday, October 18, 2011

Motivasi untuk Penganggur


pepagi ni tetiba je ada mood nak buat entri baru .. hukhuk

cuaca cenggini buat aku nak berkongsi satu kisah motivasi yang aku pegi 3 minggu lepas . sebenarnya bukanlah majlis tuk motivasi pun , tapi lebih kepada program kerjaya .. tapi aku sangat tertarik dengan intipati menteri besar Selangor kita ini .. sampai skang terngiang ngiang ni ha kat telinga .. tapi ayat dah laen la ..

‘graduan yang menganggur diibaratkan sebagai satu biji berlian yang berharga sebenarnya .. jika dipotong dengan betul , semua cahaya akan menumpu kepada berlian ini .. asalnya kamu semua ni dari satu batu hitam .. tapi bila dah di acuan kan balik , semua cahaya akan menumpu kepada kamu ..’

ha , lebih kurang macam tu la ucapan beliau .. yang paling penting disini , beliau menaikkkan motivasi aku yang down sedown ini .. ye lah , dah banyak apply keja , namun belum ada rezeki lagi .. mestilah rasa kechiwa sangat .. tapi bila dah masuk bulan oktober ni , hati aku terus tertutup untuk apply keje lagi sebab dah nak masuk tahun 2012 ..

apa yang aku paham dengan ucapan beliau ni adalah tentang jobseeker macam aku ni .. ye lah , sebab dorang tak nampak lagi kan kemampuan kami .. so dorang takde la nak amik kami kerja .. sebab bakat kami belum digilap .. nanti bila dah tau kepakaran kami , mesti dorang jugak yang berbesar hati amik kami kerja .. betul tak ?

memula lagi beliau ada mention satu perkara ni .. ramai sangat jobseeker kat luar ni salah satu kegagalan negara .. sebab tak boleh sediakan peluang pekerjaan yang secukupnya kepada rakyatnya .. mungkin betul kan beliau cakap cenggitu .. tapi bagi aku , kadang kadang rasa cam sebab diri sendiri je .. sebab tu la tetiba je kurang yakin pada kemampuan diri sendiri .. beliau bagi contoh sebenarnya .. ada la satu program yang beliau buat .. bagi training kat masyarakat luar bandar yang pendidikannya cuma spm tahap gred c punya .. tapi bila dah follow-up balik , skang dah jadik manager .. rupa-rupanya dorang sume ni nakal sebenarnya time sekolah .. bukan tak berakal .. apatah kami yang lulusan university ni .. mana ada benda mustahil kan ?

p/s ; sampai sekarang aku masih bermotivasi tau ! terima kasih Tan Sri Khalid Ibrahim !

1 comment:

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails