Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


kepada muslimin dan muslimah semua , salam maal hijrah .. hari ni 1 muharam 1433 hijriah .. alhamdullillah , kita masih diberi peluang untuk menikmati dunia ini dengan tenang lagi ..

setiap dosa kita ditahun lepas tak sempat lagi untuk ditaubatkan , tiba-tiba tahun baru menjengah … ampunilah dosa kami ya Allah .. walaupun kami hampir melupakan dosa-dosa itu , Engkau tak pernah melupakannya .. dan sesungguhnya , Engkau maha Pengampun dan Penyayang ..

tinggi harapan azam tahun ini untuk menjauhi diri dari hasutan syaitan dan konco-konconya .. tinggi juga harapan ini untuk melebihkan amalan kebaikan .. tinggi lagi harapan untuk menjejakkan kaki ke syurga-Mu ..

walaupun hidup didunia ini sementara , ianya bagaikan satu bebanan yang berat untuk kita semua .. tugas syaitan untuk menyesatkan umat Nabi Adam alaihissalam semakin berjaya .. semakin hari semakin ramai yang membelakangkan suruhan pencipta sebenar kita .. semakin sedikit yang betul betul menjadi amirul mukmin dan mukminin .. dek terlalu banyak pengaruh yang kita terima dari kaum yang tidak dibukakan lagi hatinya untuk Islam ..

kepada siapa lagi untuk kita pergi kembali selain kepada pencipta kita ? tidakkah mereka ini mengambil pengajaran dari kaum terdahulu ? ampunilah dosa kami ya Allah ……

p/s : semakin hari semakin bertambah dosa serasanya bila berada didunia ini ..

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails