Monday, February 13, 2012

Masa Tidak Menunggu Kita



pagi isnin kami bergegas ke klinik desa , menjadi rutin sejak hamil dua minggu sekali perlu menghadirkan diri ke sana untuk memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan .

rasanya masih awal kami sampai , tapi sudah ramai ibu-ibu yang sampai lagi awal . jadi , bermula episod menunggu sehingga nombor giliran di panggil . jam 820 nama di panggil , tekanan darah di ambil ; 110/60 . berat 54.2 kg , urin normal . sayangnya tahap HB tidak dapat di ambil kerana mesin merah yang masih tak boleh di calibratekan . dua minggu lepas dah memang tak boleh pakai , tapi mereka tak punya kesedaran untuk menghantar ke pusat servis ? kesian ibu mengandung .. kadar HB yang sepatutnya di ambil setiap kali checkup terpaksa di tangguhkan ke minggu seterusnya .

jam 935 skali lagi nama di panggil , seperti biasa , berbaring diri ini untuk di tatapkan perutnya oleh nurse . lalu nurse mengukur panjang perut dari bawah pusat ke bawah dada , bacaan di ambil ; 36 cm . terfikir , mentang-mentang la 36 minggu , panjangnya pun 36 gak ye ?

lalu nurse mencari-cari jantung baby . yeay ! dapat ; 154 beat . lalu bangun dari pembaringan , di berikan serba sedikit nasihat untuk ibu mengandung . oppsss , sepatutnya baby perlu di scan minggu lepas tetapi di sebabkan nurse tersalah bagi tarikh hari isnin , terpaksa di tangguh ke hari rabu . suaminya dah pun apply cuti hari isnin . makanya , rabu itu berlalu begitu sahaja . isnin tu kalian juga yang cuti ganti maulidurrasul kan .. suami aku mana la sama cuti ngan gomen ! hampeh !

jam 1015 kami ke klinik husna , terpaksa ke klinik swasta semata untuk scan . sebelum itu kami mohon walk-in ke klinik kesihatan , tapi bila dah terlepas tarikh appointment , jangan berharap akan dapat . sesampai klinik husna , ramai pula pesakitnya . ramainya penduduk klang ni yang sakit ya .. tapi ramai juga yang tak sakit . kami pejamkan mata , tunggu sehingga nama di panggil .

jam 1115 , nama di panggil , lalu kami ke bilik . nasib baik , doctor perempuan . sekali lagi perlu berbaring . doctor sangatlah peramah . mentang-mentang lah kami anak Kelantan , di tiru loghatnya . hai lah doctor , pandai ya mengambil hati customer awak .

perihal si comel , sedih bila doc ulang sampai 2 kali baby kecil ; 2.2 kg . tak berpadanan dengan minggu . lalu bertanya lagi sekali , cuma untuk pastikan jantina baby . doc tunjuk sambil cakap “ni nampak telurnya” . kami pon beria la pandang skrin tu . tak nampak pun , tapi kami iakannya je . mcamana lah doc boleh nampak . adoi ! tapi kami semakin yakin dengan nama yang bakal kami berikan untuk si comel kami ini . kedudukan uri pula di atas , alhamdullillah . cuma lupa bertanyakan mengenai kandungan air ketuban .

dan destinasi kami seterusnya ke shopping mall .

p/s : hari rabu , terpaksa ke klinik desa lagi untuk ambil bacaan HB .

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers