Monday, April 16, 2012

Baby Breech 38 weeks



hari itu , 26 februari 2012 aku perlu ke klinik kesihatan , selepas sarapan kami bergegas ke sana . ku adukan kepada jururawat yang kandunganku tidak bergerak aktif macam biasa . terus ku ditemukan doktor . keputusan imbasan kandungan mendukacitakan . baby dalam kedudukan menyongsang !

dengan kandungan air ketuban yang sedikit dan usia kandungan 38 minggu , aku terus di kejarkan ke HUSM . dalam perjalanan , terbayang bayang bilik bedah di kepalaku . aku perlu tinggal dalam wad untuk sementara waktu . malamnya , sekali lagi kandunganku di imbas . tetap songsang tapi berita gembiranya , air ketuban dalam kuantiti yang selamat . aku di beri 3 pilihan , pertama : bedah , kedua : pusing ( ecv ) , ketiga : bersalin secara songsang . setelah di beritahu tentang risiko risikonya , aku pilih yang kedua .

esoknya , aku cuma berehat rehat dan beramah mesra dengan ibu mengandung yang lain . malamnya aku mula berpuasa dari jam 1200am untuk menyiapkan diri dengan rawatan esok . kenapa perlu berpuasa ? sebabnya , andai ecv ini tidak berjaya , aku kemungkinan akan di bedah . oh Tuhan . jam 315pm , aku di masukkan ke bilik bedah .

3 orang doktor muda datang berkerumun . cubaan pertama tidak berjaya . lalu aku dimasukkan sejenis cecair untuk mengurangkan tegangan kandunganku . aku juga di sambung wayar untuk meningkatkan kadar denyutan jantungku . kemudian , cubaan kedua dilakukan . alhamdullillah , baby dalam kandunganku mengikut pusingan tangan doktor dan akhirnya beliau dalam kedudukan normal . 

terima kasih ya Allah kerana ringankan beban hambaMu ini .

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers