Friday, September 28, 2012

Kenapa Bertudung ?

rasa terpanggil nak buat entri yang agak kontroversi ini . maaf andai ada yang terasa . yg baik itu datang dari Allah SWT , yg buruk itu datang dari diriku yang hina ini :)

lately ramai yang bertudung sebab nak cantik kan . tudung pun ciput je kainnya , harga dah mencecah ratusan . kononnya kain yang berkualiti tinggi , tak panas , tak cepat rosak . belum lagi ditambah manik-manik yang konon diimport dari luar negara ..

tudung mahal tak kisah , tapi yang kisah , tudung tu singkat , jarang dan pendek . sanggul di kepala masih lagi tinggi . datang dari manakah tudung yang bercirikan ini ?

apakah motif letak manik di kepala ? apakah motif tudung singkat ? apakah motif tudung yang kainnya jarang ? apakah motif tudung yang pendek bahagian sisinya ?

wahai saudari sekalian , kenapakan anada bertudung sebenarnya .. 
janganlah serongkan niat anda untuk menutup aurat itu .

bila kalian bertudung , tapi masih lagi menarik perhatian lelaki , adakah tudung anda itu berjaya mencapai matlamat ? apakah niat sebenar anda bertudung ? untuk kelihatan cantikkah ? untuk menutup rambut sahajakah ?


1 comment:

  1. setuju dengan awak. tudung kini da jadik fesyen semata-mata.

    ReplyDelete

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails