Wednesday, October 10, 2012

Tido Berteman Ya ..

akhir-akhir ni anak teruna aku takmo tido sensorang . samada nak beriba atau kena ada umminye dok tepi . letak dalam buai asyik nak berenjut je .. kalau tak , tinggal 5 minit dah keluar suara . ini penangan gigi bawah 2 sekawan tu la .. nasib baik tak demam . lagi haru si ummi abi . alhamdullillah :)

minggu ni aku dah mula campur susu formula . sebab malam-malam nak tidur mesti meragam . takmo tidur . bagi nenen hisap sekejap pastu marah sebab susu tak kuar . last-last aku suh abi dia wat susu . maka pegilah si abi wat susu . sua je , terus hisap macam tak minum susu setahun . aduh , kesian anak ummi .. jadi terpaksalah aku teruskan bagi susu formula ini ....... tapi tatau nak bagi bape auns .. dah tadi aku try buat , limit sampai 5 auns setengah je .. pastu dah refused . then sleeping beauty sudah . boleh ummi buat tomyam sekejap la ye ?

sekarang ni dah laju sangat beliau punya skill meniarap . agak-agak kalau lenguh , beliau angkat dada , angkat bontot . dah posisi merangkak , tapi bila nak sambung gerak , diletaknya balik dada ke bawah pastu di tarik . tak pandai nak gerak peha lagi la tu .. come on Adam . u can do it ! 

lagi satu .. beliau suka pura-pura tidur . mata gerak-gerak kecik je .. badan konon-konon kaku . haha . bila ummi dia pandang , beliau macam rapatkan sikit . tapi mata hitam gerak-gerak . ummi nampak la Adam . nak maen cheat2 ummi ye ..

he's from my tummy

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails