Friday, November 23, 2012

Cara Tidur Anakku

di saat anak teruna tidur lena ni baik aku update blog kan .. walaupun tade orang baca , laen hari aku sendiri yang baca .. time tu aku dah tua-tua la sikit .. heheh

saja nak cerita pasal Muhammad Adam .. sejak dah ada 4 batang gigi ni , kejenye menggigit sje .. terutama bahu ummi dia . agaklah boleh tahan sakit , tapi kesannya tetap ada .. lepas dua tiga hari , mesti berbekas 4 batang gigi kat bahu daku .. hish , sabar je la .. dah dua tiga hari ni jugak , nampaknya gigi yang ke 5 dan 6 in progress .. dah nampak putih-putih dalam gusi beliau . harapnya daku tak menjadi mangsa gigitan beliau lagi :(

minggu ni daku perasankan cara tidur beliau yang dah berubah di waktu malam . sedang elok-elok main , tetiba datang kat ummi dia sondol-sondol kepala . nasib baek ummi dia faham . dah masuk bilik susukan atas tilam , bukan reti nak dok diam . bermacam-macam gaya , matanya tutup , mulutnya berbunyi . bila alih-alih posisi , baru lena .. tapi mulut masih nyot-nyot walaupun sumber susu dah lepas . bila tinggal keluar pegi dapur dalam 15 minit , posisi tidur mesti dah berubah . jarak dari yang asal 3 jengkal dah ! malam semalam , tak pasti jam berapa tetiba je daku dengar Adam menangis . rupanya terjatuh dari tilam ! nasib baek daku cepat alert dengan bunyi . tapi dengar bunyi menangis la .. x sempat dengar bunyi jatuh tu .. masuk ni dah 3x jatuh tilam .. nasib baek tilam atas lantai je .. nampak gaya ummi gan abi beliau kena tidur sipi-sipi bucu tilam la .. sorang utara , sorang selatan .. Adam dok tengah2 .. dah kejenye tidur berguling ..  terpaksa la bagi kawasan lebih .. takpun abi terpaksa tidur atas toto .. ngehngeh

okeylah , rasa macam nak join Adam tidur , esok azam baru , tskmo tidur lepas solat subuh :)



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails