Friday, July 12, 2013

Okek

tadi time solat maghrib tetiba ingat mati . pastu boleh plak teringat kat arwah sepupu yang baru umur 7 tahun meninggal sebab jatuh perigi . nasib baek dah tahiyat akhir . nampak sangat tak khusyuk . adesss

pasal arwah tu , aku rapat sangat gan beliau tau . ternyata Allah lebih menyayangi beliau . tetiba je rasa sayu sangat bila teringat kat beliau .. arwah norshamila . terngiang-ngiang lagi kat telinga beliau dok panggil aku 'kakak , kakak .." time tu aku baru form 1 .. beliau darjah 1 ..

dah siap solat , adam datang kat aku . macam biasa , aku hulur tangan nak peluk . adam pon sambut je .. aku pun baca la selawat nabi kat telinga dia .. istighfar sekali .. dok ulang-ulang .. adam diam je .. dah lama sangat dalam pelukan aku , aku ingat dah tertido ke apa . rupanya mata bulat lagi . aku pun tanya :

me : Adam okey ?
adam : okek .

hahaha . terhibur aku sejenak . sayang Muhammad Adam !

1 comment:

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails