Sunday, September 8, 2013

Si Muhammad Adam Intan Payung

assalamualaikum ..
pagi tadi sebenarnya dah bukak laptop nak update entri , tapi gambarnya pula dok dalam phone . nak blutut , phone sedang dicas .. so i postponed la ..

nak bercerita pasal perkembangan si anak teruna di kala 1 tahun 5 bulan :)
1. pandai sebut perkataan yang kita sebut . tapi tak jelas sangat . ada la bunyi-bunyi sikit .
2. susah nak tidur kalau abinya ada . tapi kalu dgn umminya , senang je tidur . tak kira malam atau siang .
3. suka membaca . tapi selalunya buku yang dibaca mesti dalam keadaan terbalik .
4. dah tak menangis lagi bila umminya masuk dapur . diam je tunggu kat pintu masuk dapur tu .
5. gigi depan dah hampir rosak . tiap kali nak berus giginya , mesti nangis macam kena dera . 
6. pandai sepah , pandai simpan . tapi tak seberapa .
7. pandai menerima arahan .
8. sudah mengecam semua benda di persekitaran .
9. pandai memilih makanan
10 . tiap kali kena tegur , mesti protes jerit sekuat hati . bingit telinga i .

semalam kami bawak pegi library . aku macam biasa la , bila dah dapat buku , anak ntah kemana . biar je abi dia mengejar .. kiki . satu scene depan mata , Adam sedang elok je main bola , tetiba ada boy around 3 years join jugak , sekali terlanggar Adam . and jatuh la beliau .. cepat2 Adam bangun pegi kat abi dia .. memula macam nak menjerit tapi tak jadi sebab dia tengok budak tu wat bodo je .. pastu terus monyok .. terkejut agaknya .. nasib baik jiwa kental tak menangis . hahaha . sebelum tu , jangan harap la nak duduk diam macam tu .. semua orang dia kacau .. tak kira siapa2 pun .. sekali dah terjatuh dek budak tu terlanggar , terus melekap kat abi dia ..  

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails