Monday, September 9, 2013

Review Mengintai Cinta Khalifah

masih terkesan lagi di minda aku tentang kisah novel yang aku baca ahad lepas . terpahat nama imran jazimin , laila najwa , salsabila , nanda , ganesh , abron di hati . itu cuma sebahagian watak dalam cerita tu .. ada lagi beberapa watak yang lain , tapi aku tak berapa nak ingat sangat .

semuanya kebetulan . novel tu aku cuma jumpa di sofa library je . langsung tak tengok dia punya judul , sekali harung aku baca bab 2 terus . patutlah tergantung . bila search google , baru tau aku terlepas bab 1 . nasib baik boleh baca kat cni . 

jalan cerita yang sangat menarik . sangat berilmiah . selain hiburan , ianya dapat menambah pengetahuan . banyak info yang berguna . karya  A.Ubaidillah Alias ni hebat sungguh !

Imran Jazimin yang di lentur dari kecil untuk menjadi khalifah Allah memberontak ketika usianya mengenali seorang gadis bernama Laila Najwa . mujurlah Imran punya seorang sepupu yang sentiasa mengingatkannya dari hanyut dibuai asmara .

cita-citanya yang ingin menjadi doktor berubah bilamana ibubapanya meninggal dunia disebabkan kemalangan di saat dia sedang membuat maksiat . akhirnya Imran melanjutkan pelajarannya ke Mesir untuk meneruskan impian ibu bapanya . ditinggalnya Laila Najwa dengan janji 4 tahun akan kembali bersama . 


bumi Mesir menyaksikan betapa dahaganya seorang pemuda yang bernama Imran ini mencari air di kali . Imran yang sentiasa merindukan Laila bersungguh-sungguh berjihad , menimba ilmu Allah , membuat kajian mengenai helah-helah yahudi untuk memesongkan umat Islam di dunia ini . 

akhirnya 4 tahun berlalu , sekembalinya ke Malaysia , si gadis yang dirindu-rindu sudah disambar orang . Laila sudah menikah dengan seorang pemuda yang sentiasa menemaninya selama 4 tahun Imran di Mesir . namun , airmata yang menyelubungi hidup Laila kerana perkenalan selama 4 tahun itu tidak pernah menzahirkan sikap sebenar suaminya .
pendapat aku , cerita ini sangat sesuai untuk si gadis yang sedang mencari cinta sebenar . 




No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers