Monday, December 16, 2013

Suami Limited Edition .

mentaliti golongan 1950-60an sekarang tak boleh di ubah , disebabkan logik akal , mereka dulu makan garam . ada juga golongan generasi y yang cuba mengubah mentaliti mereka , tetapi hampa .

tugas seorang suami adalah melindungi keluarganya ; ibubapa , isteri dan anak-anak . dalam institusi keluarga , mereka seharusnya bekerjasama dalam melakukan segala tugas . namun , tugas itu harus diberatkan kepada si suami . seperti kalam Allah di dalam al-Quranulkarim , tugas suami merangkumi semua aspek , terutamanya menyediakan nafkah zahir kepada isteri dan anak-anak .

namun demikian , wujud golongan yang terikut-ikut dengan ajaran agama lain selain Islam , yang tidak mengutamakan golongan perempuan yang diklasifikan sebagai golongan hamba , seperti zaman jahiliyah beribu tahun dahulu . dan seterusnya terus menyambung tradisi itu sehingga kini .

seorang suami harus menunaikan tanggungjawab beliau , iaitu memberi makan , minum , pakaian dan tempat tinggal kepada isteri . makanan dan minuman yang diberikan perlulah sudah siap diminum , bukan bahan mentah yang perlu dimasak-masak lagi . ini bermakna , si suami harus memasak dan menghidangkan kepada isteri . tugas isteri cuma setia dan taat kepada suami serta menjaga anak-anak . 

alhamdullillah , generasi y kini banyak mempraktikkan ajaran Islam . lebih ramai suami yang melakukan kerja rumah seperti memasak , mengemas dan mencuci . namun , ianya segelintir sahaja . ini disebabkan mentaliti golongan zaman 1950an yang masih memandang serong kepada suami yang melakukan kerja rumah .

p/s : bestnya kalau dapat suami limited edition ni . pantas bekerja , pantas di dapur . kan best bangun pagi2 sarapan dah terhidang .. time lunch pun tak yah masak .. dinner apatah lagi . dalam mimpi je la ....


No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers