Friday, December 20, 2013

Perihal Muhammad Adam

alhamdullillah , anakku dan mencecah setahun 9 bulan semalam . banyak betul perkembangan beliau aku tak cerita kan . meh nak cerita sikit . 

banyak sangat coletah beliau ni , tak terlayan dah rasanya aku . kalau naik kete , benda yang beliau cari adalah lori . ye lah , hari2 dok intai lori sampah kat bawah rumah tu , terus di ingatnya lori saja . asal nampak lori je , 'lori , lori , lori' sambil tunjuk . aku pun jawab "mana?' . beliau jawab "tu .." sambil tunjuk lagi . bas pun dia cakap lori . sebab besar . kereta takde pulak ckp lori . lori tu memang lori lah kan .

aku dgn hubby di panggilnya ummi . dua2 beliau panggil ummi . kalau hubby dukung beliau , pastu beliau macam da bosan , pandang aku then ckp "kat mi , kat mi" . bila aku ambik , and dah lama so macam dah bosan , pandang kat hubby then ckp "kat mi , kat mi" . begitulah seterusnya .

kat rumah pulak , kalau senyap je , tetiba je beliau ckp "adam , jangan main , kotor" . lepas tu beliau lari-lari . kadang2 "adam , meh sini" . pastu "adam , meh kat mi" . itulah kejenya . suka sangat mengajuk cakap aku . awak tu la yang namanya adam anak oi oi ..

itu je lah setakat ini . sekian terima kasih .
Muhammad Adam baru bangun, dan baru perasan pkai jubah. pegang muka ummi dia sambil tanya 'comey?'. 'ye comey...' jawabku . terus bangun dan cat walk keliling bilik .

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers