Sunday, January 12, 2014

Daku Yang Beratnya Dah Naik Sikit Je La

selepas 2 bulan aku amalkan telan pil gemuk yang aku beli sebulan lepas , akhirnya aku berjaya menaikkan berat badanku . tapi aku masih tak timbang2 lagi . tak tau nak timbang kat mana . kat rumah i mana ada penimbang . sobsob

so mana aku tau berat badan aku naik ? yang pertama , sebab bila aku tanya inchik husband , ada macam gemuk sikit tak ? dia jawab ye . pastu , aku balik kampung hari tu , mek aku macam hepi je , sebab nampak macam aku berisi kan . selalu klu balik , mesti beliau pesan suh makan banyak2 . bila aku balik kg mertua pulak , si adik ipar tetiba je tanya , ada isi ke .. sebab nampak macam berisi . see ? betullah tu , aku macam berisi sikit . nak jugak timbang , tapi tak terkebetulan jumpa si penimbangnya . nampaknya aku macam kena beli kot ?

aku pun macam tak selesa sangat bila berisi ni . ye lah , orang tak pernah gemuk kan . mestilah jakun . seluar jeans yang aku pakai selalu longgar , size pinggang 26 pun dah tak boleh kancing dah . tetiba je rasa hepi . tapi selai tu je yang tak boleh pakai . yang laen , muat lagi . mungkin size 26 yang lain tu cutting dia besar kot . 

pil tu sebenarnya ganggu period aku sikit . masih lagi teratur , tapi lewat seminggu dua . bulan lepas , seminggu , bulan ni 2 minggu . itu yang aku tak berapa nak suka . 

tapi sekarang ni , pil tu dah habis . dah 3 hari pun . aku ingat tanak ambik dah . nak tengok dulu cemana . perubahan positif atau negatif .

rasa -rasa berat aku berapa ? aku rasa .. ermmm . mungkin 49kg kot .. klu 50kg , rasa macam tak pecaye je la ! before ni , cuma 46kg je paling gemok . paling kurus , 42kg . 

ada macam berisi tak ? errk , masih cikeding je !!

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers